Hari konvokesyen merupakan detik paling manis yang dinantikan oleh seseorang graduan. Lebih-lebih lagi apabila ianya kali pertama.
Sudah semestinya kita tak nak melepaskan peluang keemasan ini untuk meraikannya? Mana tak nya dah bertahun-tahun berhempas pulas mestilah nak lihat hasilnya. Lebih-lebih lagi kalau kelas pertama.
Biarpun melanjutkan pelajaran di luar negara, ia bukan penghalang bagi adik Arifah Husna Badlishah untuk meraikan detik manis tersebut. Terharu bila melihat gambar-gambar adik ni celebrate sorang-sorang konvokesyen dia.
Buat photoshoot sendiri di UK
Arifah yang merupakan graduan kelas pertama Diploma Komunikasi dan Media dari UiTM ini sedang melanjutkan pelajan ke tahap ijazah dalam bidang Bachelor of Arts in Media – Communication and Cultural Studies (Hons) di Newcastle University. United Kingdom.
Disebabkan itu, dia tak dapat nak hadirkan diri pada hari konvokesyen yang berlangsung pada 12 November lepas. Dia membuat keputusan untuk meraikannya sendiri di perantauan.
“Semangat saya nak memakai jubah graduasi dan selimpang merah jambut sebagai Anugerah Naib Canselor (GPA 3.5 keatas untuk setiap semester) membuak-buak. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk merakam foto saya sendiri di UK di mana saya beli bunga sendiri dan upah kawan saya untuk menjadi jurugambar”
Lebih terharu apabila melihat dia membuat suntingan pada padan seolah-olah menyarungkan jubah dan selimpang pink serta scroll UiTM itu.
Edit letak jubah, selimpang pink, UiTM sendiri
Untuk pengetahuan adik Arifah Husna ini bukan sahaja cemerlang dalam akademik, dia juga aktif dalam aktiviti kurikulum seperti:
-
Ketua Media dan Publisit i– Kemuncak Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan (NALS), satu acara kepimpinan belia tahunan
-
Pengarah Acara – Kesedaran Masyarakat (JAWS2K17 – acara kesedaran sosial semasa diploma
-
Pegawai Publisiti – Gerakan Kalsom (NGO untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik)
-
Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (SRC / MPP), UiTM Alor Gajah
-
Editor pengasingan Niexter (The New Straits Times) sebagai wartawan muda.
Apapun admin ucapkan selamat maju jaya kepada adik Arifah, semoga berjaya dalam pelajaran sarjana ini dan memperoleh kerjaya yang baik.
Baca : “Abah teringin nak pi tapi tak dak modal” – Sebak Baca Ucapan Bapa Buat Anak Sempena Hari Konvo