Kenaikan harga barangan keperluan asas bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga, malah juga kepada mereka yang bercadang mengadakan majlis kenduri perkahwinan.
Menerusi laporan terkini, kos majlis perkahwinan dijangkakan meningkat 20 peratus pada tahun ini berikut peningkatan kos logistik.
Seorang perancang perkahwinan di Johor Bahru, Jeslina Ngatman berkata pihaknya yang mengendalikan majlis perkahwinan sejak hampir 20 tahun mendapati peningkatan kos perkahwinan berlaku hampir setiap tahun namun ia bukan mendadak.
Artikel berkaitan: “Macam food court” – Individu Dedah Ada Kenduri Kahwin Minta Tetamu Bayar Untuk Makanan?
Artikel berkaitan: “Nasi je free” – Netizen Bingung Tetamu Kena Bayar Lauk Kenduri, Rupanya…
Beliau berkata, peningkatan kos perkahwinan ini merupakan suatu perkara tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos logistik mahupun barangan.
Menurutnya, bagaimanapun pasangan mempelai boleh membuat pilihan untuk menganjurkan majlis perkahwinan secara sederhana supaya ia lebih teratur dan jimat.
Katanya, misalnya sebelum ini kebanyakan majlis perkahwinan memberi undangan kepada 1,000 tetamu namun kini pasangan mempelai mengehadkan kepada 200 tetamu sehingga 500 tetamu.
Ujarnya lagi, apa yang penting pasangan mempelai seharusnya memilih perancang perkahwinan yang berpengalaman supaya majlis perkahwinan berjalan lancar.
“Ia berikutan semata-mata mahu berjimat, ada pasangan yang terpedaya dengan scammer dan sebagainya.”
“Mereka boleh memilih pakej perkahwinan bajet supaya tidak terbeban dengan kos perkahwinan,” katanya.
Jelasnya lagi, pakej perkahwinan bajet kini menjadi pilihan ramai buat masa ini atas faktor kewangan serta ekonomi.
Sumber: Harian Metro