in

“Tak bermakna kamu mempunyai tiket ke syurga” – Zoey Rahman Bagi Kata-kata Peringatan, Ini Respon Mass Factor

ft zoey rahman mass factor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang mengikuti perkembangan pempengaruh Mass Factor dan selebriti Zoey Rahman, pasti ramai yang tahu keakraban hubungan persahabatan mereka yang mana mereka selalu buat sesi live bersama di TikTok.

Mereka juga pernah bersua dalam satu acara di Singapura baru-baru ini. Bagaimanapun, Zoey ada memberikan satu kenyataan yang berunsur nasihat dan peringatan sambil berlatar belakangkan video sewaktu dia bertemu dengan Mass Factor di TikTok.


Artikel berkaitan : “Tiada niat nak buat marketing” – Zoey Rahman Respon Dakwaan Cuba Mempermainkan Perasaan Wanita OKU

Artikel berkaitan : “Putih ke gelap, semua dia salam. Humble” – Dikecam Teruk, Zoey Rahman Tampil ‘Back Up’  Aliff Syukri

Kata-kata yang diberikan oleh Zoey adalah berkenaan dengan persahabatan dan nasihat untuk sentiasa berhati terbuka.

“Sahabat adalah bukti bahawa di dunia ini tak ada seorang pun yang ditakdirkan untuk diri sendiri, jangan mengharap sahabat yang sempurna tapi bantulah sahabatmu menjadi orang yang lebih sempurna.”

“Walaupun tidak sempurna, tak bermakna kamu mempunyai tiket ke syurga. Terima nasihat dengan berlapang dada untuk menjadi lebih baik. Semoga kisah lama menjadi pengajaran untuk kami.”

@zoeyrahman

Kisah kami ….

♬ bunyi asal – ???? ?????? – ???? ??????

Bagaimanapun, kata-kata itu telah membuatkan Mass Factor rasa terpanggil dan memberi respon yang menggambarkan seolah-olah dia terpalit dengan kenyataan yang diberikan oleh Zoey Rahman.

Dlaam kenyataan itu, Mass Factor mengimbau balik kata-kata yang diberikan oleh Zoey Rahman kepadanya bahkan, Mass Factor juga ada ulangi kata-kata tersebut yang seolah-oleh menepis kenyataan Zoey di mana biarpun dia seorang OKU, dia tidak pernah menyatakan dirinya bakal ke syurga.

Screenshot 2024 04 03 122131 Screenshot 2024 04 03 122151

Hurm, di bulan Ramadan dan Syawal yang dah semakin hampir ini, seeloknya cari penyelesaian yang baik dan elakkanlah diri daripada sebarang sengketa.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.