in

Tak Balik Rumah 2 Hari, Budak Darjah 6 Akhirnya ‘Buka Mulut’ Kena Rogol Dengan 15 Lelaki

Ft Rogol 1

Seorang kanak-kanak 12 tahun di Kemaman tidak pulang ke rumah selama 2 hari menimbulkan tanda tanya ahli keluarganya. Menurut Sinar Harian, selepas mendesak kanak-kanak perempuan itu dia akhirnya membuka mulut menceritakan detik hitam dilaluinya selama ‘kehilangannya’ itu.

Kanak-kanak itu mendakwa dia telah menjadi mangsa rogol 15 lelaki dalam kejadian di dua buah kediaman berbeza, Ahad lepas. Ketua Polis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa:

  • dirogol lelaki berusia 12 hingga 19 tahun antara jam 4 petang dan 3 pagi
  • dibawa ke sebuah kediaman lain oleh suspek kira-kira 2 kilometer dari lokasi kediaman pertama

Rumah1

Mangsa turut mendakwa dirogol seorang kenalan yang baru dua hari dikenali menerusi aplikasi pesanan WhatsApp.”

Jika tidak kerana didesak ahli keluarganya itu, mangsa mungkin tidak akan membuka mulut dan menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya dalam tempoh 2 hari tidak pulang ke rumah.

Setelah didesak, mangsa akhirnya menceritakan kejadian sebenar yang menimpanya. Sebaik mengetahui perkara itu, mangsa dibawa membuat laporan polis pada Selasa.”

Susulan laporan itu, polis telah menahan 10 lelaki termasuk seorang penganggur berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kesemua mereka ditahan petang semalam dan akan direman sehingga Ahad ini. Polis juga kini sedang mengumpul maklumat tentang 5 lagi suspek untuk membantu siasatan.

Budak

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman dan hasil pemeriksaan dijalankan ke atasnya mendapati terdapat kesan koyakan pada bahagian kemaluan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

Baca: “2 suspek masih bawah umur” – 6 ‘Food Rider’ Mengaku Rogol Gadis Umur 15 Tahun di Hotel

Ft Rider