Siapa sahaja di sini yang tidak mengenali usahawan terkenal, Dato Aliff Syukri, yang namanya baru-baru ini menjadi sebutan ramai kesan daripada lakonannya dalam filem Badang. Banyak komen yang diterima daripada netizen, ada yang positif dan ada juga sebaliknya. Namun bukan itu yang mahu diperkatakan sekarang.
Kita semua memang tahu, Dato Aliff kerap berkongsi kisah hidupnya menerusi laman Instagram miliknya itu. Pelbagai gambar serta rakaman yang dimuat naik untuk tontonan peminatnya. Namun ada satu video ini yang menjadi bualan ramai, apabila Dato Aliff meminta anaknya untuk berambus hanya kerana marah akan jawapan yang diterima daripada anak kecilnya itu.
Video berdurasi 55 saat itu menampilkan Dato Aliff yang sedang mendukung anak lelakinya, Ibrahim atau nama manjanya, Baem, di sebuah pusat membeli belah. Menerusi video berkenaan, Dato Aliff bertanyakan mengapa anaknya itu sayang akan dirinya. Dan jawapan anaknya,
“Sebab abah ada banyak duit”
Terselah reaksi terkejut daripada wajah usahawan terkenal itu apabila menerima jawapan daripada anaknya.
“Habis kalau abah tak ada duit, Baem tak sayang abah lah?”
“Eee jahatnya kau. Kau sayang aku sebab aku banyak duit lah ye”
“Kalau aku miskin kau tak sayang aku lah ye”
Mungkin Dato Aliff tidak menyangka jawapan itu yang akan diterimanya, lalu dia terus meletakkan anaknya ke bawah dan berkata,
“Dah lah kau, pergi lah. Berambus lah macam tu”
Kemudian Dato Aliff menceritakan kejadian tersebut kepada isterinya, Datin Shahida, dan isterinya menerangkan bahawa anaknya itu memang mata duitan (dalam nada gurauan).
Video pendek yang mendapat tontonan seramai 236,000 serta lebih daripada 2,000 komen itu mendapat kritikan daripada netizen. Rata-rata netizen membangkang cara Dato Aliff mengendalikan masalah tersebut dek kerana menggunakan kata-kata kasar kepada anaknya itu.
“Budak tak pandai bohong. Dia ibarat kain putih apa yang dicorakkan itulah yang jadi. Jangan marah anak macam tu, kesian dia. Dia jujur ikhlas cakap. Bagi budak sekecil itu, tak ada apa pun yang dijawab tu”
“Nak cakap bodoh kang marah. Nama pun budak kecil. Macam mana kau ajar, itu dia ikut. So cermin diri sendiri”
“3 kali ulang video. Rasanya budak tu tak jawab lagi soalan dato kalau dato tak ada duit dia sayang ke tak. Entah-entah dia jawab lagi sayang. Sebab dato terus potong cakap dia, kesian budak tu”
Namun ada juga netizen yang menyokong apa yang dilakukan oleh Dato Aliff kerana itu cara dia mendidik anak-anaknya.
Tah netizen ni.. Biorlah dia..
Baca: “Cuba hak dia orang buat macam tu” – Netizen Dedah Dato Aliff Syukri Suka Curi Gambar Orang