in

“Tak ada haiwan & tumbuhan” – Tragedi Pesawat Terhempas, Penumpang Terpaksa Makan Mayat Rakan Untuk ‘Survive’

Chile10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan korang tengah berada di satu kawasan yang langsung tiada sumber makanan, yang tinggal hanyalah mayat rakan yang meninggal dunia akibat kebuluran. Pilihan yang ada hanyalah  mati sekali atau makan daging kawan korang tu? Mana yang korang sanggup?


Mungkin ramai akan fikir ianya jijik dan satu pilihan yang tak logik, tapi situasi ini pernah dialami oleh Roberto Canessa pada tahun 1972 ketika pesawat yang dinaikinya terhempas dan dia bersama penumpang lain terperangkap di kawasan pergunungan salji selama 72 hari.

 

13 Oktober 1972, pesawat terhempas di pergunungan Andes, Chile

Ada  pasukan ragbi dalam perjalanan dari Uruguay ke Chile, dalam pesawat tersebut ada anggota pasukan, rakan dan ahli keluarga mereka sekali.

Ketika hampir tiba pilot tersalah baca instrumen ingatkan dah sampai ke lapangan terbang Chile, tapi rupa-rupanya lain, semasa mendarat pesawat terlanggar gunung ganang di kawasan pergunungan salji dan terhempas.

Dari situ bermula lah detik-detik hitam mereka. Baca ni…

Chile Chile2

Percayakah anda, Sekiranya diberi pilihan sama ada meninggal dunia atau memakan daging rakan sendiri, apa pilihan anda? Pada 13 Oktober 1972, sebuah pesawat membawa pasukan ragbi Old Christians Club telah terhempas di pergunungan Andes, Chile.

 

45 penumpang, 28 selamat & hanya 16 orang yang kekal hidup.

Chile4

“Daripada 45 orang yang berada dalam pesawat, 28 yang terselamat. Selepas 72 hari di glasier, hanya 16 orang berjaya diselamatkan. Penerbangan dari Uruguay menuju ke Chile itu membawa pasukan ragbi, keluarga, rakan-rakan dan penyokong mereka.”

 

Juruterbang salah landing, ingatkan dah sampai ke Airport

Chile3

Ketika melintasi Andes, juruterbang yang tidak berpengalaman melakukan kesilapan bacaan instrumen. Juruterbang malang ini menyangkakan mereka telah tiba di Chile, dia mula membawa pesawat turun ke arah apa yang difikirkannya sebagai lapangan terbang.

 

Ada yang mati kelaparan sebab suhu terlalu sejuk

Chile5

Sebaliknya pesawat itu telah terhempas di kawasan pergunungan. 3 krew dan lebih daripada 1/4 penumpang meninggal dunia dalam kemalangan itu. Pada hari ke-10, dalam keadaan suhu yang sejuk, mangsa yang terselamat menghadapi kelaparan dan ada yang telah meninggal dunia.

Disebabkan itu dalam kalangan mereka ini dah memberikan kata sepakat, sesiapa antara mereka yang dah mati dulu mereka benarkan makan daging mereka sendiri agar dapat terus hidup.

.

 

Mangsa yang selamat terpaksa makan daging sahabat mereka yang dah mati

Chile6

“Mangsa yang masih hidup bersetuju bahawa mereka harus mati, yang lain boleh memakan mayat mereka supaya dapat bertahan hidup. Tiada pilihan, mangsa yang selamat terpaksa memakan daging sahabat mereka yang telah mati.”

“Roberto Canessa antara salah seorang mangsa yang terselamat. Dalam sebuah memoir berjudul I Had To Survive, yang menceritakan kisahnya, Canessa menulis…”

 

Roberto Canessa

Chile9

“Makan daging manusia, anda rasa anda adalah orang yang paling sengsara di bumi. Tetapi dalam fikiran saya, rakan saya memberi saya peluang untuk bertahan hidup di mana dia tidak lagi mempunyai harapan.”

 

“Kami tidak menjumpai tumbuh-tumbuhan atau haiwan”

Chile8

“Kami tidak menjumpai tumbuh-tumbuhan atau haiwan. Selepas tem[poh tertentu, kami merasakan badan kami sendiri yang memakan diri hanya untuk terus hidup. Mayat rakan-rakan kami yang terpelihara di luar dan di dalam salji, berisi protein penting yang dapat membantu kami bertahan.”

Kesiannya, kalau terperangkap dalam hutan tu lain lah, sekurang-kurangnya ada hidupan lain. Tapi dalam keadaan macam ni memang sedih, cuma dalam salji macam tu, makan mentah atau masak. Wallauhalam.

 

Baca : 5 Tragedi Pesawat Terhempas Menggemparkan Negara dan Masih Kekal Misteri Hingga Kini

Pesawatterhempas

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.