in

Tak Ada Duit Nak Bayar Tambang Kapal, Lelaki Sabung Nyawa ‘Redah’ Laut Sebab Nak Balik Kampung

Ft Renang Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang masih mempunyai kampung halaman, sudah pasti rasa tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ahli keluarga tersayang. Ada yang pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan sendiri, ada juga yang menggunakan kenderaan awam dan juga pelbagai jenis cara lain asalkan selamat pulang ke kampung.

Korang patut bersyukur tau masih ‘mampu’ nak balik kampung.


 

Berenang balik kampung sebab tiada wang 

Peta

Namun, tidak bagi seorang lelaki dari Indonesia ini apabila dia terpaksa bergadai nyawa dengan berenang meredah lautan dari perairan Kalimantan ke Pulau Jawa semata-mata untuk pulang ke kampung halaman gara-gara ketiadaan wang.

Kisahnya yang tular baru-baru ini di media sosial berjaya meraih perhatian netizen yang meluahkan rasa simpati dan sedih dengan keadaan hidupnya yang melarat sehinggakan dia tidak mampu untuk membayar tambang kapal untuk pulang ke kampung.

 

Hanya berpaut pada 2 tong air 

Feat Renang

Perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram oleh @Ndorobeii ini mendedahkan seorang lelaki yang bernama Dedik Purnomo yang berusia 27 tahun telah ditemui terapung dan terumbang-ambing di sekitar pelabuhan Semayang, Balikpapan dengan hanya berpaut pada dua buah tong plastik air kosong sebagai pelampung.

Dia pada ketika itu dalam perjalanan mahu pulang ke kampungnya yang terletak di Malang, Jawa Timur dan terpaksa berenang disebabkan ketiadaan wang untuk menaiki kapal.

Saya tidak ada wang, tuan. Sudahnya saya berenang saja. Wallahualam saja kalau selamat sampai di sana.

 

Tiada pekerjaan, tiada duit 

Lelaki itu yang tinggal di Rengganis, Balikpapan Selatan dikatakan tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan disebabkan dia tidak bekerja.

Tidak ada pekerjaan tuan. Makanya duitnya pun tiada. 

Menurut laporan, pada awalnya perbuatan Dedik masuk ke dalam air bersama dua tong tersebut telah disedari oleh beberapa nelayan lain yang turut berada di pelabuhan itu.

Namun, perbuatannya itu dianggap tidak ‘mencurigakan’ disebabkan ianya merupakan satu kebiasaan bagi sesetengah pemancing atau nelayan untuk membuat perkara yang sama bagi tujuan memancing.

Keadaannya itu mula disedari mereka apabila Dedik mulai berenang secara perlahan-lahan meninggalkan kawasan pelabuhan ke bahagian tengah laut. Barulah mereka sedar terdapat sesuatu yang tidak kena berlaku. Mereka kemudiannya bertindak menjerit-jerit memanggilnya namun jeritan tersebut tidak diendahkan. Malah, lelaki itu terus bertekad untuk meneruskan renangannya.

 

Letih & tak berdaya meneruskan renangan

Walau bagaimanapun, usaha Dedik tidak bertahan lama apabila dia mengalami keletihan sehinggalah akhirnya renangannya terhenti menyebabkan dia terapung sambil terumbang-ambing dipukul ombak di tengah laut itu sebelum diselamatkan oleh pihak polis.

Renang Muka

Renang Muka 1

Pada awalnya mereka beranggapan bahawa pemuda itu sudah meninggal dunia gara-gara keadaannya yang kurus dan tidak berdaya sewaktu terapung dan dibawa arus sehingga ke pinggir pelabuhan tersebut.

 

Idea datang secara spontan

Setelah dibawa ke balai polis, Dedik mendedahkan bahawa ideanya untuk berenang dari pelabuhan Balikpapan ke Pulau Jawa itu datang secara spontan sahaja.

https://www.instagram.com/p/CI2_yf6HVyY/?igshid=1gy7yysrtb4w6

Baca: Hanya Sebab Nak Makan Hotpot, Pelajar Universiti Di China Lari Dari Lockdown Kampus Dengan Berenang Merentas Sungai! Baca Renang

Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.