in

“Tak ada dalam Kamus Dewan pun” – Zhiddin Aziz Perjelas Beza Maksud ‘Rembayung’ & ‘Lembayung’

beza rembayung lembayung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain isu ‘review’ yang ditinggalkan di Google Reviews yang menjadi perbincangan hangat netizen, turut dipertikai segelintir netizen mengenai pemilihan nama restoran selepas pempengaruh terkenal Khairul Aming mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung.

Mereka mendakwa perkataan ‘rembayung’ tidak wujud dalam Kamus Dewan sekali gus mencetuskan perdebatan mengenai penggunaan bahasa untuk nama sebuah restoran.


Terpanggil mengulas isu tersebut, pempengaruh dan pencinta bahasa, Zhiddin Aziz tampil menegur mereka yang menyasarkan restoran terbabit sedangkan banyak kedai lain menggunakan ejaan yang tiada dalam Kamus Dewan tetapi tidak pula dikecohkan.

Screenshot 2025 12 10 112614

Artikel berkaitan: “Busuknya hati” – Restoran ‘Rembayung’ Khairul Aming Belum Buka, Tapi Sudah Terima 1 Bintang Di Google Review

Artikel berkaitan: Zhiddin Aziz Kongsi Detik Diganggu Lelaki Songsang Ketika Berada Di Tanah Suci

Beza maksud Rembayung & Lembayung

Bukan itu sahaja, ada juga yang mempersoal penggunaan perkataan ‘rembayung’ dengan mengatakan perkataan ‘lembayung’ adalah lebih tepat kerana wujud dalam Kamus Dewan.

Menurut Zhiddin, perkataan ‘rembayung’ digunakan adalah bersesuaian dengan maksud dan warna pada papan tanda premis perniagaan tersebut.

“Dia nak letak nama mak buyung pun tak ada masalah sebab di situ ada lesen artistik bahasa.

“Saya perasan ramai yang tanya kenapa tak guna lembayung? Cuba tengok signboard kedai Khairul Aming tu, warnanya keemasan, manakala lembayung pula berwarna ungu,” ujarnya.

Jelas Zhiddin lagi, ramai yang salah faham tentang maksud lembayung yang dikatakan warna langit pada waktu senja. Tambahnya lagi, warna langit senja yang kita lihat di Malaysia bukanlah warna lembayung.

“Langit waktu senja namanya layung. Manakala perkataan lembayung dan rembayung pula mempunyai takrifan maknanya yang berbeza.

“Lembayung itu waktu matahari nak tenggelam, timbul warna langit ungu. Senja yang kita tengok bukan lembayung, mana datangnya Malaysia senja langit warna ungu? Malaysia ini tropikal tebal, kelembapan tinggi mana nak datang lembayung?

“Layung itu pula cahaya senja keemasan, jingga atau kemerahan. Inilah warna yang ada pada papan tanda kedai Khairul Aming itu. Rembayung pula adalah bayang yang timbul daripada cahaya warna layung,” jelasnya.

@zhiddinazizz

♬ original sound – zhiddinaziz – zhiddinaziz

Katanya lagi, perkataan rembayung tiada dalam Kamus Dewan kerana perkataan itu mempunyai imbuhan ‘rem’ yang wujud dalam sastera lama yang kini tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu moden.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.