Datuk Seri Aliff Syukri membuat perkongsian di media sosialnya baru-baru ini bahawa beliau dan anak sulungnya iaitu Ammar Ahyan bakal berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Menerusi hantaran berkenaan juga, usahawan berkenaan mendedahkan bahawa ini merupakan kali pertama dia akan menjejakkan kaki ke Mekah selepas hampir 15 tahun dan dengan kerelaan sendiri.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan sendiri tanpa paksaan.”
Dalam masa yang sama, dia berharap perjalanannya ini bakal mengubah dirinya untuk menjadi seorang yang lebih baik selain berguna kepada keluarga, ibu bapa dan juga sahabat handainya.
Pun begitu, Aliff Syukri juga turut berkongsi rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan anak-anak untuk menunaikan ibadah tersebut terutamanya Raudah dan Qadejah.
Video yang dikongsikan di Instagramnya tersebut pastinya mengundang sebak bukan sahaja kepada dirinya tetapi kepada netizen kerana anaknya Raudah, menangis ketika ingin berpisah dengan bapanya tersebut.
View this post on Instagram
Di ruangan kapsyen, Aliff menjelaskan bahawa dalam ramai-ramai anaknya, Raudah merupakan paling manja dan setiap malam akan tidur bersamanya.
“Banyak-banyak anak, Raudah ni paling manja dengan saya. Setiap malam tidur dengan saya. Tak tahu saya nak cakap macam mana rindunya saya dengan anak-anak dara kecil saya. Semoga Allah jaga dia baik-baik.”
Menerusi beberapa posting di Instagram berkenaan, ramai sahabat dan pengikut Aliff Syukri mendoakan agar perjalanannya untuk menunaikan haji lancar selain berharap mereka juga akan berkesempatan untuk ke sana suatu hari nanti.
Baca : [VIDEO] Pelajar Cemerlang Terima Keputusan 8A Dalam SPM Ketika Menunaikan Haji