in

“Tahu siang & malam pun dari azan” – Gadis Terperangkap Dalam Tandas Bilik Kuarantin Hampir 24 Jam Sebelum Frontliners Datang

terperangkap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana individu yang baru pulang ke Malaysia harus menjalani kuarantin di tempat yang telah ditetapkan. Begitu juga, gadis ini yang baru pulang dari India namun malang tidak berbau, dia terpaksa melalui detik cemas selama hampir 24 jam selepas terperangkap di dalam tandas bilik kuarantin.

Menurut mStar, gadis itu telah berkongsi di Twitter tentang kisah tersebut di mana ketika kejadian pada Khamis malam, dia sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel.


 

Nak mandi: 10 malam

Mengikut perkongsian Atieqah Roslan, kejadian itu berlaku pada hari keempat dia menjalani kuarantin di bilik hotel tersebut. Katanya, selepas menonton drama pada jam 10 malam itu dia terus ke bilik air untuk mandi.

Time nak kluar, tiba handle dia mcm loose semacam je.”

c1 3

 

Cuba rempuh pintu, nak cuba umpil pintu tapi…

Sebaik menyedari dia terperangkap, Atieqah terus cuba tolak dan rempuh pintu bilik air tersebut dengan harapan ia akan terbuka. Malangnya, tidak.

Dia kemudian cuba mencari sesuatu barang yang boleh digunakan untuk umpil pintu. Bila dia dah jumpa possible weapon untuk dia umpil, Atieqah terfikir pasal kemungkinan dia kena bayar ganti rugi so tak jadilah plan untuk umpil pintu.

c2 2

 

Takda tingkap, panas gila

Dengan tiada tingkap, Atieqah terpaksa tahan bahang kepanasan di dalam tandas sampai dia sendiri basuh muka berkali-kali. Kerana usaha gagal, dia hanya mampu berharap agar frontliner dapat selamatkan dia ketika mereka hantar makanan breakfast keesokan pagi.

So, tido toilet la malam semalam. Duduk atas mangkuk tandas, kepala letak dekat atas pam tandas. Alas kepala dengan tuala. Tido macam duduk atas kerusi time exam. Cramp kaki tengkuk semua.”

c4

c3

 

Jadi overthinking, doa positif Covid

Dalam keadaan tertekan akibat terperangkap, kepanasan dan ketakutan Atieqah mula overthinking. Malah, dia sampai berharap agar keputusan swab test dia positif so that frontliner akan datang nak bagitahu dan akhirnya jumpa dia terperangkap dalam bilik air tu.

So, the overthinking start. Macam mana nak bgtau people im here? How to make them search for me? The next swab will be on day 13. Another 9 days living like this?”

The fastest way is to be covid positive. Confirm dia mai cari kat bilik kan. So im started to pray to be Covid positive.”

c5

 

Dah 12 jam terperangkap

Waktu azan subuh, dia mula dengar bunyi trolley yang ditolak frontliner untuk hantar makanan. Tapi malangnya, lepas 12 jam terperangkap dia hanya dengar announcement pasal penghantaran makanan dan tiada frontliner yang tekan loceng pintu bilik.

Perut lapar, angin dah macam2 bunyi, mulut dah kering. Kita minum air paip je la. So, nak save tenaga and elak anxiety, sambung tido balik. Azan zohor. Dgar trolley mai. Ready untuk loceng, tadek jugak.”

c6

 

Nak cuba panjat siling tapi…

I climb the ceiling, atas tu penuh paip je. Harapnya adalah ruang yang bersambung dengan bilik lain mcam dlm movie tu.”

Sekali atas tu, dinding toilet bersambung smpai atas. So dia mcam 4 sided wall of batu bata. No room for escape.”

c7

Selepas hampir 20 jam terperangkap, Atieqah cuba tanggalkan rangka pintu kayu dan buat lubang pada pintu tersebut. Tapi, material pintu itu bukanlah plywood (nipis) sebaliknya solid wood jadi memang susah untuk dia untuk buat lubang tu.

c9

c8

c10

 

Akhirnya, frontliner datang!

Hampir 24 jam, akhirnya pintu dibuka oleh sekumpulan frontliners kira-kira jam 7 malam. Katanya lagi, frontliners maklumkan yang mereka hanya dengar suara sayup je sedangkan dia sudah menjerit sekuat hati di dalam bilik air ketika terperangkap.

Disebabkan kejadian itu, Atieqah yang sebelum ini berada di tingkat 14 kemudian ditukarkan ke bilik lain di tingkat 3.  Baca perkongsian penuh tentang detik cemas dilalui oleh Atieqah di sini.

Takleh imagine rasa panas dia tu…

Baca: Individu Pulang Dari Sabah Tak Perlu Kuarantin 14 Hari Jika Negatif Covid-19 – DS Ismail Sabri

aa2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.