Semua orang pasti akan gembira bila dapat tahu mengenai cuti umum, pasti ada yang tak sabar nak bercuti ataupun melawat keluarga yang jauh. Tapi, korang perasan tak ada cuti umum yang 2 hari dan ada yang 1 hari?
Baru-baru ini Syed Saddiq menerusi laman sosial Twitter beliau telah menerima sebuah mesej dari seorang pelajar universiti yang meminta untuk memanjangkan cuti Deepavali.
Pelajar itu meluahkan rasa sedih dan hampa, apabila cuti umum Deepavali hanya diberikan selama sehari. Ini membuatkan mereka tidak mempunyai masa yang panjang untuk diluangkan bersama keluarga.
“Kenapa cuti Deepavali sehari je?”
Itu yang ramai mesej saya.
Ramai students pulak tu.
Isnin cuti, hari esok tu terus kena masuk balik kelas.
Saya nak cadangkan Keluarga Malaysia panjangkan sikit.
Biar sama macam Hari Raya dan Tahun Baru Cina.
Kesian mereka. pic.twitter.com/kj5drJolYY
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 16, 2022
“Kami cuma diberikan satu hari dan ada di antara kami yang tidak dapat menyambut bersama keluarga dan kawan-kawan di rumah kerana masa yang diberi amat singkat dan juga kami mempunyai kuliah pada hari seterusnya,” ulas pelajar berkenaan.
Syed Saddiq kemudian menggesa pihak kerajaan sementara untuk pertimbangkan cadangan memanjangkan cuti Deepavali kepada 2 hari untuk memberikan masa yang cukup kepada penganut agama Hindu.
Menerusi ciapan beliau, cadangan cuti Deepavali dipanjangkan kepada 2 hari agar tempoh cuti umum itu sama seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina.
Ciapan tersebut, menerima pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh beliau.

Bagaimanapun, ada warganet yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Pada pendapat korang macam mana? Patut tak Deepavali ni mendapat cuti selama 2 hari?
Baca : [VIDEO] Sekumpulan Mat Motor Didakwa Buat Kecoh Ketika Syed Saddiq Berceramah di Muar

 
					 Farhan Sahak
							Farhan Sahak
					