Antara momen yang ditunggu-tunggu oleh pekerja ialah kenaikan gaji dan bonus. Kenaikan gaji kebiasaannya akan diberi berdasarkan prestasi pekerja, manakala bonus adalah satu bentuk hadiah daripada syarikat untuk menghargai jasa pekerja.
Beri bonus pertengahan tahun
Bonus kebiasaannya diberikan kepada pekerja pada suku pertama tahun tersebut.
Namun lain pula ceritanya buat sebuah syarikat perkapalan Taiwan, Yang Ming Marine Transport Corp yang memberikan bonus pertengahan tahun kepada pekerjanya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah mereka memberikan bonus 30 bulan sebagai tanda penghargaan kepada para pekerja.
Ini adalah bonus tambahan selepas bonus 12 bulan yang diberikan kepada pekerja mereka pada awal tahun 2023.
Para pemegang saham Yang Ming telah meluluskan pakej bonus $100 juta US Dolar pada Jumaat lalu.
Menurut sumber, syarikat ini mempunyai peraturan yang menentukan bahawa firma itu perlu mengagihkan 1 peratus daripada keuntungan tahun sebelumnya kepada pekerja sebagai pampasan.
Bagaimanapun, jumlah yang diterima oleh setiap kakitangan adalah mengikut budi bicara syarikat dan jumlah yang diberikan tidak didedahkan kepada umum.
Untung betul pekerja syarikat tu!
Kredit: Mothership
BACA: Durian Runtuh! Pekerja Evergreen Terima Lagi Bonus 11 Bulan Gaji