in

Syamsul Yusof Tak Jadi Ceraikan Puteri Sarah

ft syamsul yusof tak jadi lafaz cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof hari ini tiba-tiba tidak jadi menceraikan isteri pertamanya pelakon, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah hari ini, lapor Kosmo!

Sebelum ini, mahkamah sama telah menetapkan bahawa hari ini ialah tarikh untuk lafaz cerai secara baik antara Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39 dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.


Mahkamah juga telah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.

Screenshot 2023 04 18 124828

Namun begitu, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan. Antara terma-terma penyelesaian yang dipersetujui ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Baca : “Jangan tiba-tiba tukar fikiran pula” – Puteri Sarah Tak Sabar Ingin ‘Dilepaskan’ Syamsul Yusof

puteri sarah move on

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.