in

Syamsul Yusof Failkan Nusyuz, Dakwa Puteri Sarah Masih Contact Ex-BF

Ft Syamsul Yusof Puteri Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini, Syamsul Yusof failkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana sebentar tadi.

Syamsul Yusof dilihat berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor sebentar tadi untuk memfailkan permohonan berkenaan.


 

Saya isteri derhaka? – Puteri Sarah

Menerusi Kosmo! hari ini, Puteri Sarah sebelum itu mengambil cakna berkenaan dengan tindakan pelakon dan pengarah itu bakal lakukan kepadanya. Menurutnya, dia berlapang dada dan sedia berjuang serta mengatakan bahawa dia tidak tahu-menahu tentang tuntutan yang bakal dilakukan Syamsul.

“Saya pun tak tahu apa-apa. Tunggu sahajalah apa tindakan dan dakwaan dia petang nanti. Nak kata saya isteri derhaka apa semua, saya tak boleh komen panjang.

“Kita tunggu apa dia nak buat selepas ini sebab sekarang saya sedang sibuk bekerja (shooting) cari duit sendiri.”

Screenshot 2023 03 21 170522

Jelasnya lagi, lawan tetap lawan dan dia akan terus berjuang mempertahankan nasibnya sebagai seorang isteri dan akan berikan respon selepas mengetahui tuntutan Syamsul.

“Selepas apa yang berlaku petang ini, baru saya akan buka mulut. Buat masa sekarang, kita tengok sahaja apa permainan dia.”

“Minta doakan semua urusan dipermudahkan dan semoga keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar.”

 

Dakwa masih contact ex-bf – Syamsul Yusof

Oleh itu, menerusi Utusan sebentar tadi, persoalan mengapa Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terjawab setelah pengarah itu mendakwa bahawa Puteri Sarah masih berhubung dengan bekas kekasihnya.

Malah tuntutan nusyuz itu turut dibuat kerana Puteri Sarah telah memfitnah dirinya tidak membayar nafkah kepada anak-anaknya.

Buat masa ini, sumber melaporkan bahawa ia adalah sebahagian alasan yang dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan.

Sebelum ini, Syamsul enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah, baru-baru ini.

Baca : “Menganjing PS ke?” – Influencer Dikecam Buat ‘Parody’ Puteri Sarah Di Mahkamah

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.