Baru-baru ni, kecoh apabila pengarah muda, Syamsul Yusof dalam satu sidang media mengatakan beliau akan menyaman seorang kakitangan syarikat rekaan grafik yang dikatakan melanggar hak cipta filem Munafik 2.
Menurut Utusan Online, Syamsul telah membuat laporan polis pada 20 September lepas dan perbicaraan akan bermula hari ni (22 Oktober) di Mahkamah Taiping.

“Salah sendiri lah kau bermain dengan api”
Kes ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata penggemar filem tempatan untuk mengecam tertuduh terbabit yang dikatakan ego dan enggan memadam link yang dimuat naiknya walaupun telah ditegur Syamsul sendiri.
Menerusi sebuah posting di Facebook, kebanyakan netizen menyalahkan suspek kerana berani mencabar Syamsul Yusof yang kononnya tindakan berkongsi link download Munafik 2 tu tidak salah walaupun sudah berkali-kali ditegur akan kesilapan tersebut.

“Kenapa tak padam post? Sebenarnya…”
Pun begitu, tertuduh yang menggelarkan dirinya sebagai Sasuke Kun di Facebook tampil menjelaskan cerita sebenar di sebalik kisah saman ni.
Katanya, dia telah mendapat banyak persoalan daripada netizen di media sosial sebab kenapa dia tak padam post berkaitan Munafik 2 tu, walaupun pengarah dan pihak Skop Production sendiri dah tegur directly dengan dia.



Baginya, dia tak bersalah sebab dia hanya share link tersebut dan link tu pulak hanya copy paste dari grup FB lain. Bukan dia yang upload movie tersebut dia media sosial. Malah yang buat si Sasuke ni berani bila owner asal link dah remove link tersebut, jadi kalau tekan pun still dah tak boleh download juga.
“Saya hanya kerja kilang jer… sebelum ni 7 bulan terlantar kat rumah sebab sakit”
Kalau di akhbar sebelum ni ada mengatakan tertuduh ni seorang kakitangan syarikat pereka grafik, rupanya-rupanya dia ni kerja di kilang je. Macam mana pun, tak dapat dipastikanlah sama ada perkara ni betul ke tak. Ini apa yang tertuduh kongsikan saja. Sedih jugak kisah hidup dia ni…



Apa-apapun diharapkan kes ini dapatlah diselesaikan dengan baik. Kalau betul Encik Sasuke Kun tak bersalah, mahkamah pasti akan menentukannya. Yang paling penting, support local films dan jangan sebarkan link download movie secara haram. Salah tau disisi undang-undang.
Majulah filem tempatan untuk negara!