in

Syafie Naswip Tamatkan Zaman Bujang, Sah Bergelar Suami Kepada Afiqah Ishak

f3 syafie naswip kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon yang popular dengan filem Mukhsin arahan Yasmin Ahmad, Syafie Naswip mengumumkan menerusi Instagram bahawa dia telah pun disatukan dengan wanita pilihannya, Afiqah Ishak dalam sebuah majlis akad nikah di Putrajaya pagi tadi.

Memetik laporan mStar, Syafie telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada wanita pilihannya ketika akad nikah tersebut.


5 1

Pernikahan Syafie Naswip itu telah mengejutkan ramai peminat industri seni tanah air kerana dia tidak begitu menguarkan-uarkan tentang hubungan istimewanya dengan isterinya itu sebelum disatukan.

Artikel Berkaitan: “Forever won’t kahwin..” – Diperli Sebab Belum Kahwin, Dr. Soo Wincci ‘Sekolahkan’ Netizen?

Artikel Berkaitan: “Allah tak abaikan sesiapa” – Angeline Tan Kongsi Pengalaman Jejak Ke Tanah Suci Kali Pertama

Dalam akad nikahnya yang disiarkan menerusi Instagram, Syafie Naswip dilihat tidak dapat menahan sebak ketika membaca taklik kepada isterinya ketika majlis berlangsung.

Rata-rata peminat dan warganet juga mengucapkan tahniah kepada Syafie dan pasangannya atas rumah tangga yang baru dibina.

Selamat pengantin baru!

Sumber: Instagram @syafienaswip

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.