Seorang artis dan juga penyanyi veteran ditahan polis setelah disyaki memukul abang iparnya menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.
Menurut laporan Astro Awani, kejadian dilaporkan berlaku di sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras pada petang Ahad.
Berlaku salah faham antara mangsa dan suspek
Penyanyi lelaki era 80-an dan juga komposer itu dilaporkan memukul abang iparnya yang berusia 41 tahun menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.
Artikel berkaitan: Hanya Kerana Enggan Bergambar, Penyanyi Pukul Bekas Isteri Sampai Lebam
“Difahamkan, telah berlaku salah faham antara mangsa dan suspek.
“Suspek kemudian bertindak memukul menggunakan besi panjang di bahagian kepala, belakang badan, mata kiri dan bahagian lain mangsa.
“Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan menerima dua jahitan, bengkak mata kiri, lebam di tangan kiri dan luka di tangan kanan,” kata sumber.
Tambah sumber lagi, abang ipar kepada penyanyi berkenaan kemudian telah mendapatkan rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis.
Penyanyi itu yang merupakan bekas peserta sebuah program realiti hiburan popular dilaporkan akan menerima perintah reman bermula hari ini.
Difahamkan, penyanyi itu juga pernah menyertai sebuah program realiti hiburan popular dan pernah terpalit kontroversi berhubung perkahwinannya yang tidak direstui ibu mentua dek jarak umur yang terlalu jauh dengan isteri.
Sumber: Astro Awani