Suspek yang disyaki membunuh dan menyimpan mayat isterinya selama empat hari di kediaman mereka di flat Jalan Tuna, Pulau Pinang sempat memohon maaf kepada bapa mentuanya ketika anggota polis mengiringinya keluar dari Unit Forensik Hospital Seberang Jaya tadi.
Suspek dalam keadaan sugul dilihat menoleh ke arah bapa mentuanya yang ketika itu berdiri bersebelahan van jenazah, di laluan keluar menuju ke kenderaan polis.
Menurut bapa mentuanya, Ishak Man, 76, dia hanya mendengar luahan maaf dan tidak sempat berkata apa-apa ketika menantunya dibawa keluar dari Unit Forensik.
“Dia tengok muka pak cik, dia terus cakap dalam nada perlahan…saya minta maaf ayah. Itu sahaja dan pak cik hanya perhati sahaja muka dia ketika polis mengiringinya tadi,” katanya.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: Suami Serah Diri, 4 Hari Tinggal Bersama M*yat Isteri Di Rumah
Suspek didakwa mudah cemburu
Dalam pada itu, Ishak turut mendedahkan suspek yang juga penganggur pernah memberitahu masalah cemburu yang dialaminya.
“Dia (menantu) ada beritahu saya yang dia tak suka orang lain (lelaki) cakap dan tengok Wan Khairul Safinah Ishak (anak perempuan pakcik) kerana dia cemburu.
“Saya hanya minta dia bersabar kerana Wan seorang pendiam dan memang bukan seorang yang suka bercakap banyak dengan sesiapa pun termasuk saya yang juga ayahnya.
“Dia (menantu) nampak seperti biasa bila saya menegurnya, cuma tidak sangka tergamak dia buat anak saya macam ini seolah-olah seperti orang terkena hasutan sampai hilang akal. Jika pukul itu lain, ini kejam sampai sanggup membunuh,” katanya sebak.
Dalam perkembangan sama, Ishak memaklumkan jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar, Kedah selepas solat Asar nanti.
Sumber: Kosmo!, Berita Harian
