in

Suspek Bun*h Peniaga Wanita Sempat Gadai Gelang Emas Milik Mangsa – Polis

suspek kes bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kes seorang peniaga wanita, Norshamira yang dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemui di tepi sungai dengan terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Suspek kes bunuh Norshamira itu kemudiannya telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.


Terkini, pihak polis mendedahkan bahawa suspek telah sempat menggadaikan gelang emas milik mangsa sebelum suspek berjaya ditangkap oleh pihak PDRM, lapor Sinar Harian.

12 1

Artikel berkaitan: Kes B*nuh Peniaga Wanita: Suspek Berusia 53 Tahun Ditahan di Terengganu

Artikel berkaitan: Peniaga Wanita Buat COD Makanan Dipercayai Dib*nuh, Mayat Ditemui Tepi Sungai

Difahamkan, gelang emas milik mangsa yang digadaikan di kedai pajak gadai oleh suspek itu bernilai sekitar RM30,000.

Menurut Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu iaitu Ketua Polis Daerah Kuantan, pembunuhan peniaga wanita itu mungkin adalah bermotifkan samun.

480454135 1102644281903676 466845755474637229 n
Allahyarhamah Norshamira Zainal

Siasatan awal pihak polis turut mendapati bahawa suspek juga mengambil barang kemas sebelum dia melarikan diri ketika kejadian.

Ketika suspek yang berusia 53 tahun itu ditahan, sebentuk cincin, pakaian, dokumen dan wang tunai turut dirampas oleh polis untuk siasatan.

Namun, buat masa ini jumlah sebenar yang telah digadai oleh suspek masih belum dikenal pasti kerana siasatan lanjut masih berjalan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.