in

“Susah nak jumpo cino loghat nogori” – Ramai Terhibur Tengok Nyonya Fasih Cakap ‘Nismilan’

VIDEO NYONYA CAKAP NISMILAN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam, kita orang ada share artikel pasal ramai yang terpukau dengan makcik penjual cakoi ni yang fasih berbahasa kantonis, hari ini admin nak share lagi satu video menarik yang menunjukkan betapa hebatnya asimilasi budaya di Malaysia ni.

Menerusi perkongsian TikTok @kak.mazz, dia ada memuat naik video berkenaan jirannya di kampung dekat Negeri Sembilan yang sangat fasih berbahasa loghat negeri tersebut.


 

“Nyonya pocah rahsio!” 

Dalam video tersebut, korang dapat lihat wanita berbangsa Cina yang juga dipanggil ‘nyonya’ ini sedang bergurau senda dengan pemilik video.

Fasih bercakap dalam loghat Negeri Sembilan, nyonya itu mengusik pemilik video sebagai seorang yang kurus semasa zaman sekolah berbanding sekarang. Alahai comelnya nyonya! 

@kak.mazz

#nyonyanismilan

♬ original sound – Mazz Yaakub – Mazz Ambassador (Aulora)

Selain video itu, ada lagi satu video yang dikongsikan Kak Mazz yang memaparkan nyonya berkenaan mengaku dirinya tidak mampu mendengar dengan baik atau ‘pokak’ dan badannya agak lenguh-lenguh walaupun sudah makan ubat.

Bila dipuji dirinya cantik walaupun sudah tua, nyonya dilihat tersipu malu. Di dalam video itu juga, anak nyonya berkenaan dilihat cuba menterjemah apa yang tidak didengari ibunya.

@kak.mazz

#nyonyanismilan

♬ original sound – Mazz Yaakub – Mazz Ambassador (Aulora)

 

“Sodap dongar… eh rindu kek omak den” 

Video berkenaan mendapat perhatian netizen yang mana sangat teruja melihat nenek Cina itu yang fasih berbahasa ‘nogori’.

Malah ramai juga mengatakan agak susah sebenarnya nak melihat mereka yang berbangsa Cina fasih loghat negeri seperti ini.

cino loghat nogori

Alahai comelnyaaa nenek Cina ni! 

Baca: “Betul-betul Malaysia ni!” – [VIDEO] Netizen Terpukau, Makcik Jual Cakoi Fasih Berbahasa Kantonis

Untitled design 2022 06 08T134257.231

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.