Baru-baru ini, nama Ustaz Don menjadi bualan ramai susulan kenyataannya di televisyen yang mengundang pelbagai reaksi.
Terbaru, satu surat edaran telah tular di media sosial yang memaklumkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menarik semula tauliah mengajar Ustaz Don atau nama penuhnya, Don Daniyal Bon Bijayid.
Artikel berkaitan: “Ini bukan penamat” – Tak Kecil Hati, Ustaz Don Sendiri Minta Henti Kolaborasi Dengan Program Dakwah
Artikel berkaitan: Patuh Arahan JAIS, Ustaz Don Daniyal Tidak Akan Bersiaran Di Stesen Radio Suria FM
Menurut laporan Kosmo!, perkara tersebut disahkan Exco Agama Islam Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah.
“Sahih,” katanya ringkas.
Berdasarkan surat tersebut, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah MAIS telah memutuskan untuk menarik balik tauliah mengajar terhadap lima orang pemegang tauliah MAIS.
Mengikut surat edaran, tauliah mengajar bagi pendakwah selebriti tersebut adalah sepatutnya bagi tempoh 2 Julai 2020 hingga 30 Jun 2025.
Manakala empat individu lain yang turut menerima nasib sama ada Mohd. Shahabudin Md. Yatim, Mohd. Udzair Mohamad Zaid, Muhammad Hairullah Hassim dan Syed Mohd. Norhisyham Tuan Padang.
Difahamkan, kesemua masjid dan surau tidak benarkan mengundang kelima-lima mereka untuk mengajar seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.
Sebagai info, Ustaz Don sebelum ini diberi tempoh selama 14 hari bagi memberi kenyataan bertulis susulan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu.
Sumber: Kosmo!