in

Sunway Malls Umum Pusat Beli-Belah Ke-10 Dengan Kadar Pajakan 95%

FT IMAGE LM 3

Sunway City Kuala Lumpur, 28 April 2025 – 2025 bakal menjadi tahun lebih mengujakan
bagi Sunway Malls yang baru mengumumkan pusat beli-belah ke-10, iaitu Sunway Square
Mall. Dijadual dibuka pada September tahun ini, Sunway Square Mall meliputi keluasan
bersih boleh disewa (NLA) sebanyak 300,000 kaki persegi yang merangkumi empat tingkat
ruang runcit.

1 4 1

Berbeza daripada pusat beli-belah konvensional, Sunway Square Mall memberi penekanan
kepada elemen santai dan hiburan sebagai faktor pembeza utama. Antara penyewa utama
yang diumumkan termasuklah Village Grocer, BUMP Bouldering, TGV Cinemas, The Library
by BookXcess, COUNT, KKV, Tutu Toe Dance Academy dan GoFit.

Dengan lebih 150 buah kedai serta 3,000 tempat letak kereta bersepadu, pusat beli-belah ini
menyatukan gaya hidup dan aktiviti santai bagi menggalakkan pembelajaran serta
pertumbuhan. Di samping itu, Sunway Square Mall akan menawarkan pelbagai pilihan
makanan dan minuman (F&B) bagi memenuhi keperluan komuniti pejabat, pelajar, dan
kediaman di sekitarnya.

Sunway Square merupakan pembangunan terkini di Sunway City Kuala Lumpur, yang turut
merangkumi menara komersial berkembar, sebuah pusat seni persembahan bertaraf dunia
dengan kapasiti 1,200 tempat duduk, serta sebuah perpustakaan 24 jam dengan jutaan buku.

1 1 1

1 6

Dengan lokasi menghadap tasik Sunway South Quay, Sunway Square merupakan tambahan
baharu dalam merealisasikan visi Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Sir Dr.
Jeffrey Cheah KBE AO untuk menjadikan Sunway City Kuala Lumpur sebagai ekosistem
pendidikan unggul di rantau ini. Sunway City Kuala Lumpur kini menempatkan tiga buah
universiti swasta yang terkemuka serta lebih 60,000 pelajar, penyelidik serta fakulti yang
saling berinteraksi dan belajar antara satu sama lain.

“Sunway Square Mall merupakan sebahagian daripada Sunway Square, satu pembangunan berwawasan yang direka untuk mengintegrasikan pelbagai ruang dalam satu lokasi –merangkumi seni, perdagangan, pendidikan dan perniagaan,” demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls, HC Chan.

“Pusat beli-belah ini memainkan peranan penting sebagai hab sosial yang bergaya di Sunway City Kuala Lumpur, sekali gus mencerminkan perubahan gaya hidup warga kota di mana aspek santai, makanan dan hiburan telah menjadi pemacu utama. Di semua pusat beli-belah kami, segmen F&B menunjukkan prestasi kukuh selepas pandemik. Dengan trend makan di luar yang terus kukuh, penyewa F&B kini mewakili lebih 25% daripada jumlah penyewa pusat beli-belah – meningkat berbanding hanya 15% sedekad lalu,” tambah beliau.

Pengurus Besar Kanan Sunway Malls Selangor, Jason Chin, turut yakin dengan strategi
untuk mengendalikan pusat beli-belah baharu ini dengan berfokuskan gaya hidup, makanan
dan hiburan.

“Melihat kepada trend semasa, pengguna kini mencari ruang untuk berinteraksi – sama ada sambil menikmati secawan kopi, hidangan lazat, mahupun melalui aktiviti sukan. Mereka ingin mengalami apa yang dilihat di skrin serta berkongsi pengalaman itu melalui platform sosial mereka. Reka bentuk artistik Sunway Square Mall, digabungkan dengan elemen inovatif serta gabungan penyewa yang menarik, mampu memenuhi kehendak tersebut,” ujar Jason.

1 2 1

Sunway Malls mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 5% bagi tahun 2024.
Musim perayaan hujung tahun menjadikan prestasi jualan Disember meningkat sebanyak
5.6% tahun ke tahun walaupun musim cuti persekolahan lebih singkat. Momentum ini
berterusan ke suku pertama 2025, dipacu oleh sambutan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah.

Kumpulan tersebut juga menjangka bahawa Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya, Pulau
Pinang yang telah dinaik taraf sepenuhnya, akan dibuka semula pada Mei tahun ini.
Lokasi paling penting Sunway Malls masih kekal di Lembah Klang, yang menyumbang 67.2%
daripada jumlah keluasan bersih boleh disewa kumpulan tersebut. Wilayah Selatan
menyumbang 15.8%, manakala Wilayah Utara 17%.

1 1 2

Dalam perancangan masa hadapan, Sunway sedang membangunkan dua lagi pusat beli-
belah yang dijangka siap pada tahun 2027 – Sunway Pier dengan keluasan runcit 400,000
kaki persegi di Pelabuhan Klang, dan Sunway Ipoh Mall dengan keluasan 1.2 juta kaki
persegi di Sunway City Ipoh. Selain itu, pembangunan bercampur bernilai RM3 bilion di
sebelah stesen Bukit Chagar Rapid Transit System (RTS) Link yang baru diumumkan, juga
bakal menampilkan ruang runcit seluas 400,000 kaki persegi menjelang 2028.

Dengan pelbagai projek baharu sedang dalam perancangan, Sunway Malls dijangka akan
memiliki 13 buah pusat beli-belah dengan jumlah keseluruhan keluasan bersih boleh disewa
mencecah 8.2 juta kaki persegi. Bagi prospek jangka panjang dan keseluruhan, Sunway
Malls dijangka terus mengembangkan portfolio pusat beli-belahnya menerusi pembangunan
baharu dan pengambilalihan di bawah Sunway REIT.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sunway Malls Branding & Comms:

Ms Ayriane Wong
Executive II
DID: 03-7494 3914
Tel: 012-2945636
Email: ayrianewsn@sunway.com.my

Ms Jessica Teng Wan Ying
Senior Manager
DID: 03-7494 3035
Tel: 012-6652686
Email: jessicatwy@sunway.com.my

Mr Darren Chear
Senior Director
DID: 03-7494 3083
Tel: 012-3765926
Email: darrencwy@sunway.com.my