Sudah lama rasanya tak dengar cerita ‘boom’ daripada jutawan kosmetik, Dato Seri Vida kan? Bagi korang yang selalu follow kisah hidup usahawan yang terkenal dengan produk Pamoga ni, korang mesti tahu kan yang DSV ada seorang anak perempuan bernama Cik B dan anak lelaki bernama, Kacak.
Baru-baru ni, nama Cik B jadi viral di Twitter atas satu instastory yang dibuatnya berkaitan pertanyaan netizen di media sosial.
“CikB, best tak kalau jadi anak orang kaya? I tak pernah rasa, should I getting jealous?”
Menerusi instastory tersebut, Cik B dilihat menjawab pertanyaan seorang netizen yang ingin mengetahui bagaimana rasanya hidup sebagai orang kaya. Tapi jawapan yang diberikan Cik B tu buat ramai yang tersentuh.
Matang sungguh! Beza sangat dengan umur Cik B yang baru belasan tahun tu.
https://twitter.com/Hsnfdzli/status/1126546072044589056
Miskin kaya rezeki masing-masing. Kalau tak di dunia mungkin di akhirat. Kalau kita anak orang kaya tapi keluarga tak bahagia, baik kita miskin tapi keluarga bahagia,” kata Cik B.
“Berapa umur Cik B ni? Maturednya pemikiran dia”
Rata-rata netizen agak terkejut jugaklah bila dengar kata-kata tersebut keluar dari mulut Cik B yang baru setahun jagung. Tak sangka Cik B ni matang pemikirannya walaupun korang tengok gaya dia macam hip hop style dan ber’hoodie’ tu.
“Aku rasa Cik B ni macam lagi pandai dari mak dia la”
Bagi min, baguslah kalau Cik B ni ada pemikiran yang macam tu. Kadang-kadang kita sebagai netizen ni tak boleh nak judge orang daripada penampilan mereka saja. Mungkin korang nampak DSV tu macam happy-happy je tapi siapa tahu dalam hati dia macam mana kan?