Sesetengah orang Melayu percaya adanya makhluk yang ‘menghuni’ di kawasan sungai, tasik dan lubuk paya. Mungkin ada antara korang yang pernah dengar tentang Sulur Bidar.
Juga dikenali sebagai Hantu Balung Bidai, biasanya kaki pancing atau mereka yang tinggal di hulu sungai sangat ‘kenal’ dengan makhluk misteri ni sebab ia sememangnya selalu ditemui di kawasan sebegitu.
1. Mempunyai bentuk fizikal yang aneh
Yang peliknya, Sulur Bidar ni mempunyai bentuk fizikal yang sangat aneh dari hantu-hantu biasa yang kita biasa dengar. Ianya berbentuk macam sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu, ia juga mempunyai empat kepala di setiap penjuru. Boleh bayang tak? Sulur Bidar juga dikatakan akan menggulung mangsa dan tarik ke dalam air selama beberapa hari.
2. Kisah bermula dengan tikar alas jenazah
Misteri Sulur Bidar dikatakan ‘popular’ di Tasik Kenyir dan mempunyai pelbagai versi termasuklah yang mengatakan ianya berkemungkinan terdiri daripada jin atau syaitan yang suka kacau manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air dan menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung untuk melemaskan mangsanya.
Selain itu, masyarakat Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung manakala samak bermaksud tikar. Mengikut kepercayaan mereka, Leled Samak bermula apabila tikar digunakan untuk mengalas jenazah semasa dimandikan telah dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya diserap oleh penunggu sungai tersebut.
3. Kedatangan Sulur Bidar dapat dikesan
So, macam mana nak kesan Sulur Bidar ni ada? Menurut cerita orang dulu-dulu, kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang tiba-tiba je muncul bersama dengan daun-daun yang berada di sekitar tasik dan timbul di permukaan air serta mula keluar bau hanyir.
4. Cara nak menghindar kalau nampak tanda-tanda Sulur Bidar nak datang
Kalau nak tau, bila dipegang, daun-daun yang timbul di permukaan air bila Sulur Bidar nak datang adalah kering ibarat sesuatu dah memerah atau mengeringkan daun tersebut. Menurut orang tua-tua, daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ianya datang dari dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut muncul, korang disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghidarkan diri dari makhluk tersebut.
5. Penampakan pernah dirakam dalam kamera
Mungkin Sulur Bidar pernah tunjukkan diri? Semasa projek dasar air sedang dijalankan, kumpulan pekerja terbabit telah meletakkan kamera bagi merakam projek mereka. Apabila dimainkan semula, dikatakan kamera itu telah dapat merakam satu makhluk seperti kain, seakan akan Sulur Bidar sedang melintas di depan kamera itu.
6. Penjelasan saintifik mengenai Sulur Bidar
Menurut perkongsian, dikatakan krew dan pemilik houseboat di Tasik Kenyir menyatakan ‘fenomena’ itu sebagai gas yang datang dari tanah. Katanya dalam istilah Oil & Gas, buih yang keluar membuak daripada bawah tasik atau sungai merupakan Hydrogen Sulphide dan dikatakan sangat bahaya serta boleh membawa kepada kematian kalau ada dekat dengan tempat gas membuak.
Ianya terbentuk daripada benda yang mereput dan under pressure di dalam laut, tasik buatan manusia atau di dalam sungai.Gas ini pun mempunyai bau yang busuk macam bau telur ayam yang sudah lama.
Walau bagaimanapun, tak taulah sekiranya Sulur Bidar ni benar-benar wujud sebab kebenarannya pun tak dapat dipastikan. Kalau nak diikut logik akal, lebih mudah untuk mempercayai penjelasan saintifik berbanding apa yang disampaikan oleh orang dulu-dulu.
Korang pernah dengar tak pasal Sulur Bidar ni?
Baca: Anneliese Michel: Kes Mati Kerasukam Yang Dibawa Hingga Ke Mahkamah!