in

“Sukan menyatukan” – Rakyat Malaysia Ramai-ramai Tengok Perlawanan Badminton Olimpik Buat Netizen Terharu

Syaz Ft 2024 07 29T131023.921

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, kini sedang berlangsung sukan Olimpik Paris dan seramai 26 atlet mewakili Malaysia, antara atlet paling ramai ialah bagi sukan badminton.

Hujung minggu lalu, pasangan regu campuran Malaysia, Cheng Tang Jie dan Toh Ee Wei menundukkan regu dari Amerika Syarikat dan bakal bertemu regu dari China hari ini.


Artikel berkaitan: Pernah Tular Budak Ambil Gambar Sendiri Lepas Menang Perlawanan Badminton, Influencer Hadiahkan Raket Baru

Artikel berkaitan: “Satu dewan bangun” – Netizen Terharu Lihat Reaksi Penonton Rai Kemenangan Pearly-Thinaah Di Olimpik Paris

Ketika perlawanan menentang Amerika Syarikat, tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh @xliffiskandar memaparkan orang ramai berhenti di hadapan sebuah kedai makan dipercayai di Genting Highland untuk menonton perlawanan itu.

@xliffiskandar

Look at their smile😄

♬ original sound – 🎧 Lirik Pendek ✅ – caciu11

“Jangan pertikaikan bangsa dan agama mu sahabat, bila kita dah duduk di bawah satu bumbung.

Semoga Berjaya atlet Malaysia, mari kita kejar Emas,” tulisnya di dalam video.

Tidak mengira kaum, kelihatan orang ramai mengeluarkan telefon bimbit mereka dan merakam detik bersejarah dalam perlawanan yang begitu mendebarkan tersbut.

“This is Malaysia”

Video tular itu sudah pastinya membuatkan ramai yang tersentuh dan rata-rata mengakui bahawa suka dapat menyatukan rakyat Malaysia tidak mengira kaum atau agama.

1 21

Terkeluar air mata ya…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.