Video teguran secara terbuka daripada seorang kaunselor yang dikenali sebagai Haji Mokhtar di TikTok baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen kerana teguran yang dibuat itu ditujukan khusus buat penyanyi rap, Caprice.
Dalam video yang telah meraih 662K jumlah tontonan dalam masa sehari itu, teguran yang diberikan itu berkenaan dengan pendedahan Caprice terhadap apa yang telah dilakukan oleh pendakwah PU Azman mengenai isu hangat yang menimpa pendakwah itu baru-baru ini.
Sudah-sudahlah, ingat mati
Dalam video yang berdurasi 58 saat itu, Haji Mokhtar meminta agar Caprice berhenti membuka aib orang sepertimana yang dilakukan kepada PU Azman, beliau juga memohon agar Caprice dapat muhasabah diri dengan ingat pada kematian.
“Masya Allah dunia akhir zaman ni, tak sudah-sudah cari salah orang dan viralkan, biar orang ramai tahu, Masya Allah, ini pesanan haji khusus untuk Caprice ni berkenaan dengan isu PU Azman pula.”
“Haji tak nak bela sesiapa tak nak kata PU Azman salah atau betul, tolong lah sudah-sudah lah buat kerja macam ini. Rasullullah S.A.W marah, tak suka kepada orang yang buka aib sendiri, apa lagi aib orang lain, janganlah, kalau benda itu tak betul, dosa kita kan berangkai, kalau viralkan ke seluruh dunia.”
“Sudah-sudahlah, mari, ingat mati, kita jadi orang baik, buat kerja baik, tak payahlah jadi pembela bangsa dan pembela agama dengan benda viral dengan mengaibkan orang lain, sudah-sudahlah, ingat mati.”
@crhjmokhtar VIRAL KASI CAPRICE…. #puazman #caprice #muhasabahdiri #ayahhj #crhjmokhtar #tiktok #fypシ
Dalam pada itu, Haji Mokhtar turut menyatakan kepada Caprice bahawa cara yang dia lakukan ini bukanlah cara yang betul untuk jadi pembela bangsa dan agama.
@crhjmokhtar PU AZMAN & HJMOKHTAR dalam Program ‘EMPATI’ TV RTM
Disamping itu, Haji Mokhtar turut menyatakan bahawa beliau bersama PU Azman akan bersama-sama dalam satu program yang bernama Empati di RTM.
Baca : “So sorry guys, banyak issues masuk” – Caprice Minta Masa Untuk’ Review’ Kes Viral