in

“Sudah hampir 7 tahun” – Wanita Alami Kesakitan Kekal Gara-gara Rawatan ‘Breast Filler’ RM2,000

syaz ft 2026 01 22T124322.836

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pendandan rambut menderita selepas menjalani prosedur pembedahan membesarkan payudara menggunakan kaedah breast filler di sebuah pusat kecantikan di Damansara Perdana, Petaling Jaya, yang didakwa beroperasi tanpa tauliah sah serta tidak mengikut prosedur ditetapkan.

Bagaimanapun, wanita berkenaan berjaya memperoleh ganti rugi melebihi RM100,000 selepas memenangi saman sivil terhadap pemilik pusat kecantikan tersebut di Mahkamah Sesyen Sivil di sini, kelmarin.


Berkongsi pengalaman pahitnya, wanita itu berkata dia tertarik dengan tawaran promosi yang dibuat oleh syarikat kecantikan berkenaan di tempat kerjanya kira-kira tujuh tahun lalu.

Artikel berkaitan: Gara-gara Nak ‘Impress’ Bakal Mentua, Lelaki Meninggal Dunia Jalani Pembedahan Pintasan Gastrik Sebab Nak Kuruskan Badan

Artikel berkaitan: Akibat Mahu Alat Sulit Lebih Besar, Lelaki Maut Beberapa Jam Lepas Pembedahan Kosmetik

“Saya terpaksa menanggung kesakitan sehingga sekarang, sudah hampir tujuh tahun,” luahnya.

Difahamkan, dia bersama beberapa rakan sekerja kemudian mengunjungi pusat kecantikan itu untuk mendapatkan penerangan sebelum bersetuju menjalani prosedur berkenaan dengan bayaran sekitar RM2,000.

“Ketika itu saya ingatkan ia hanya rawatan biasa untuk wanita. Saya pula masih muda dan pengetahuan mengenai rawatan kecantikan juga masih kurang.

Jadi saya percaya dengan penerangan diberikan dan jalani prosedur itu. Selepas itu saya rasa sakit dan demam selama beberapa hari sebelum ambil keputusan ke hospital.

Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan saya mengalami jangkitan dalam darah dan komplikasi daripada prosedur itu,” katanya.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila wanita itu mendakwa bahan filler yang bocor di dalam tubuhnya telah merebak dan tidak lagi boleh dikeluarkan, menyebabkan dia perlu menanggung kesakitan berpanjangan sehingga kini.

“Walaupun dapat ganti rugi, tetapi ia tidak boleh ‘bayar’ apa saya hadapi iaitu sakit yang akan kekal selamanya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa menyemak kelayakan pengamal serta memastikan pusat kecantikan berdaftar sebelum menjalani sebarang prosedur kosmetik. Pada masa sama, mangsa juga tidak perlu takut atau malu untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya menjadi mangsa penipuan atau kecuaian.

Sementara itu, peguam yang mewakili wanita berkenaan, Jason Wee, berkata anak guamnya memfailkan tuntutan terhadap pemilik tunggal syarikat terbabit atas dakwaan kecuaian dalam menjalankan prosedur kecantikan.

Menurutnya, Hakim Mahkamah Sesyen, Emilia Kaswati Mohamad Khalid memutuskan bahawa plaintif berjaya dalam tuntutan melibatkan ganti rugi am sebanyak RM80,000, ganti rugi teladan berjumlah RM30,000 serta ganti rugi khas bernilai RM4,259.10.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.