in

“Sudah dua dekad lebih” – Kenali Marwan Barghouti, Pemimpin Palestin Yang Israel Enggan Bebaskan

Untitled design 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lebih dari dua dekad seorang tokoh politik Palestin bernama Marwan Barghouti ini dipenjara oleh Israel.

Menurut AP News, walaupun lebih 250 tahanan Palestin bakal dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata terbaru, nama Marwan Barghouti tidak termasuk dalam senarai tersebut. Israel dikatakan menolak pembebasan Marwan dengan alasan menyifatkan beliau sebagai ‘pemimpin pengganas’.


Tapi siapa sebenarnya Marwan Barghouti ni sampai Israel masih lagi enggan lepaskan walau sudah melebihi dua dekad di penjara?

Artikel Berkaitan: Tak Perasan Mic Masih Terbuka, Tular Rakaman Video Prabowo Minta Bertemu Dengan Anak Trump – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: Siapa Saleh Aljafarawi? Wartawan Palestin Yang Ma*t Dit*mbak Individu Bersenjata – Lobak Merah

Latar belakang 

marwan jazeera

Marwan Barghouti dilahirkan pada 6 Jun 1959 di sebuah kampung berhampiran bandar Ramallah, Tebing Barat. Ketika Israel mula menduduki wilayah Tebing Barat dan Gaza, usianya baru saja mencecah hampir lapan tahun.

Oleh sebab itu, beliau mula menyertai gerakan Fatah ketika zaman remajanya dan kemudiannya dilantik sebagai ketua Fatah di wilayah Tebing Barat pada tahun 1994. Gerakan Fatah atau Harakat al-Tahrir al-Watani al-Filastini merupakan Gerakan Kebangsaan Pembebasan Palestin yang diasaskan oleh Yasser Arafat, dan nama ‘Fatah’ sendiri membawa maksud pembuka atau kemenangan.

intifada pertama

Marwan mula mendapat perhatian ramai ketika bergiat aktif sebagai aktivis pelajar di Universiti Bir Zeit. Di sinilah beliau menonjol sebagai antara penganjur utama kebangkitan rakyat Palestin pertama pada tahun 1987 ketika Intifada Pertama yang menentang pendudukan Israel di Tebing Barat.

Namun selepas Intifada Kedua meletus pada tahun 2000, Barghouti sekali lagi menjadi antara tokoh penting dalam pergerakan Fatah. Ketika itu, pihak Israel menuduh beliau mengetuai kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Fatah dan mendakwa kumpulan tersebut terlibat dalam beberapa serangan ke atas warga Israel.

Penglibatannya dalam perjuangan Fatah jelas memperlihatkan betapa kuatnya semangat nasionalisme dalam diri beliau. Namun, langkah berani ini akhirnya membawa kepada penahanannya oleh pihak berkuasa Israel pada tahun 2002. Beliau kemudiannya dijatuhi hukuman lima penjara seumur hidup atas tuduhan terbabit dalam serangan bersenjata yang mengorbankan lima nyawa.

Walau bagaimanapun, Marwan tidak pernah mengaku bersalah dan enggan membela diri kerana tidak mengiktiraf bidang kuasa Israel. Beliau turut menegaskan pendiriannya bahawa penentangan bersenjata dibenarkan selagi ia tidak menyasarkan orang awam, sebaliknya bertujuan menentang pendudukan Israel ke atas tanah Palestin.

‘Nelson Mandela’ Palestin 

marwan ap news

Ramai yang menyifatkan Marwan sebagai ‘Nelson Mandela Palestin’ kerana pengaruhnya sangat kuat dalam kalangan rakyat. Nelson Mandela yang terdahulu pernah dipenjarakan selama 27 tahun sebelum perjuangannya akhirnya membawa kepada penolak dasar apartheid di Afrika Selatan.

Jika dibandingkan dengan Presiden Palestin sekarang, Mahmoud Abbas, beliau dilihat sebagai calon paling berpotensi untuk menggantikan kepimpinan sedia ada kerana kemampuannya menyatukan perpecahan antara Fatah dan Hamas.

Tinjauan pendapat ini menjadi bukti beliau masih kekal sebagai calon pemimpin Palestin sekiranya pilihan raya diadakan.

Walaupun masih dipenjarakan sehingga hari ini, beliau kekal aktif dalam politik Palestin. Beliau juga merupakan antara penggubal utama Dokumen Tahanan Palestin 2006 yang menyeru kepada penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan 1967 serta mengehadkan penenangan kepada sasaran ketenteraan.

Pihak Israel juga dikatakan khawatir dengan pembebasan Marwan kerana bimbang akan potensi beliau menyatukan semula Palestin sebagai sebuah negara yang bersatu dan berdaulat. Sedangkan sejak dahulu lagi, beliau sebenarnya menyokong terhadap penyelesaian dua negara atau ‘two-state solution’ sebagai jalan perdamaian antara Palestin dan Israel.

Hamas dari dulu lagi sentiasa menuntut pembebasan Marwan setiap kali berpeluang ada rundingan, namun Israel tidak pernah setuju. Walaupun dipenjarakan, beliau pernah tunjukkan kemampuan dia untuk pimpin dan satukan ramai orang dari pelbagai pihak, termasuklah ketika beliau mendaftar senarai pilihan raya sendiri pada tahun 2021. Selain itu, beliau juga pernah mengetuai mogok lapar selama 40 hari dalam penjara sebagai desakan layanan lebih baik terhadap banduan.

marwan bbc

Kali terakhir beliau muncul secara terbuka adalah pada bulan Ogos lepas apabila Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir memuat naik satu video sambil memarahi beliau dalam penjara di samping memberi amaran kepada sesiapa saja yang ingin menentang negara.

Kisah beliau ini terus menjadi inspirasi buat rakyat Palestin sebagai lambang perjuangan yang tidak pernah padam walaupun di balik tirai besi. Selagi tanah Palestin belum bebas, semangat perjuangan terhadap kebebasan Palestin juga belum pernah berakhir.

Sumber: Astro Awani, Al Jazeera, The Times of India

Sumber: Al Jazeera
Sumber: NPC
Sumber: AP News
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.