Pelawak Ali Puteh hari ini memaklumkan bahawa dia akhirnya sudah berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM75,000.
Jumlah wang tersebut dipercayai digunakan untuk membayar tuntutan saman yang dibuat oleh kakak iparnya yang juga balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali.
Artikel berkaitan: “SOLD” – Isteri Ali Puteh Menangis Kereta Honda Dijual Untuk Bayar Hutang
Artikel berkaitan: “Saya bukan jual bab*, jual sambal” – Ali Puteh Sekolahkan Netizen Kata Hasil Jualan Rezeki Tak Berkat
Ali yang juga berniaga sambal menulis perkara tersebut di akaun TikTok miliknya. Dia mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan urusannya dipermudahkan.
“Alhamdulillah terima kasih yang membeli barangan saya. Terima kasih mendoakan saya dan keluarga.
“Moga Allah membalas jasa baik anda semua. Sudah cukup RM75,000,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira dan bersyukur atas kejayaan pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selepas berusaha gigih bagi mengumpul wang tersebut.
Terdahulu, selain menjual sambal, Ali juga menjual barangan peribadinya termasuk trofi-trofi kemenangan semasa menyertai program realiti lawak selain beberapa buah motor serta sebuah kereta.
Sebelum ini, Ali diperintahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada Nor Hidayah kerana memfitnah melalui platform Instagram beberapa tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, berlaku beberapa konflik antaranya dengan Nor Hidayah.
Alhamdulillah, yang penting, ‘tutup buka lama, buka buku baharu’…
Sumber: TikTok