Ketegangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel ternyata telah mengorbankan ribuan individu yang berjuang demi menegakkan keadilan.
Lebih menyedihkan baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang doktor wanita yang difahamkan bertugas di Hospital Al-Shifa, Gaza, Palestin.
Artikel berkaitan: Masjid Di Palestin Hasil Dana Rakyat Malaysia Musnah Dibedil Israel
Artikel berkaitan: Komen Di IG Gal Gadot, Raja Ilya Kena ‘Serang’ Dengan Netizen Malaysia?
“Suamiku sudah syahid”
Menerusi sebuah video yang dikongsikan Hani Abu Rezeq di Instagram, ia memaparkan seorang wanita yang bertugas sebagai doktor menangis sambil mengumumkan bahawa suaminya telah syahid (terkorban dalam perang).
Dia kemudian dilihat memeluk seorang gadis yang difahamkan anak perempuannya sambil menyampaikan berita sedih itu.
View this post on Instagram
Suamiku sudah syahid dan aku bekerja di hospital,” kata doktor itu.
Perkongsian itu telah mendapat pelbagai komen netizen yang bersimpati atas kematian suami kepada doktor tersebut dan mendoakan yang terbaik buatnya dalam menghadapi ujian ini.
Al fatihah. Semoga mendapat syurga yang tertinggi buat para mujahiddin dan ahli keluarganya ini.
Sumber: Instagram