Solat tarawih merupakan antara ibadah yang dinantikan oleh umat Islam menjelang Ramadan ini. Pada waktu bulan mulia inilah dapat kita lihat masjid dan surau dipenuhi dengan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Tidak dinafikan ibadah itu sangat bernilai, tetapi janganlah sampai mengabaikan tanggungjawab terhadap anak dan bersikap pentingkan diri sendiri macam kisah ini.
Artikel berkaitan : “MashaAllah” – Umat Islam Amerika Solat Tarawih Besar-besaran Di Times Square, New York
Artikel berkaitan: Tawar RM6,000 Untuk Jadi Imam Solat Tarawih, Masjid Kuala Krai Raih Pujian Netizen
Seorang isteri meluahkan rasa terkilan dengan sikap suaminya yang mengabaikan anak ketika isterinya tidak sihat. Kejadian ini dikatakan berlaku ketika hari pertama puasa.
“Selepas buka puasa semalam, aku tak larat nak handle anak yang kecil jadi minta suami untuk tolong.”
“Dia pula insist nak pergi tarawih even tahu aku tak sihat, bila aku minta dia stay, dia cakap kenapa halang dia solat? Dosa ke aku minta suami jaga aku & anak?“
Jelasnya lagi, menjadi kebiasaan pula bagi suaminya selepas tarawih akan terus melepak di kedai mamak. Si isteri meluahkan yang dia begitu sedih sampaikan menangis sambil jaga anak.
Luahan wife. pic.twitter.com/Pb52kztKxo
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) March 13, 2024
Berdasarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum solat tarawih secara berjemaah dan bersendirian adalah sunat. Jadi dibolehkan juga dibuat di rumah biarpun lebih afdal secara berjemaah.
Apa pendapat korang mengenai isu ini?
Sumber : X, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan