Tak dapat nak bayangkan betapa remuknya hati seorang suami apabila mengetahui isterinya curang saat diri berjauhan demi mencari rezeki.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi X, ada seorang pengguna menceritakan pengalaman hitam yang telah dilalui oleh rakannya setelah mengetahui 4 daripada 6 anak yang dia besarkan selama ini bukanlah zuriat kandungnya.
Artikel berkaitan : Budak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah, Jadi Mangsa Seksual Abang Kandung
Artikel berkaitan : Sihir, Bomoh, Pengkid & Lahir Anak Luar Nikah Diwartakan Jenayah Syariah Baharu di Terengganu
Perkara itu mula terbongkar apabila si suami inisecara kebetulan semak ujian DNA sekeluarga, ini kerana dia merasakan isterinya berubah, bahkan si suami perhatikan keempat-empat anak yang bukan darah dagingnya itu memiliki tona kulit yang berbeza.
Setelah mengetahuinya hatinya berkecai apabila ada perkara yang lebih mengejutkan lagi, kesemua 4 anak itu mempunyai bapa yang berbeza.
Kawan aku lagi win. 4/6 kids dia adalah anak orang. Lesson learned to all u offshore dudes, check ur children DNA. The truth hurts but it is imporyfor the kids' future.
Kawan aku decided to stay. Demi kids n bcoz the last two were his. Gosh https://t.co/4jh46keWdh— SCUBA2.0 (@akuskizo) March 18, 2024
Biarpun perit, lelaki yang bekerja offshore ini mengambil keputusan untuk terus hidup bersama isterinya itu memandangkan ada lagi 2 anak mereka yang sah.
Dengan kisah ini, rakan terdekat yang mendedahkannya di X itu menasihati kepada mana-mana pasangan yang berjauhan untuk membuat ujian DNA.
Sumber : X