in

Suami Isteri Maut, Anak Cedera Parah Dalam Kemalangan Melibatkan MPV dan Jentera Pengorek

Jentera Pengorek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan suami isteri maut manakala anak lelakinya cedera parah setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki melanggar jentera pengorek tanah.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10 Jalan Kuantan-Maran, pagi tadi.


Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, pasangan tersebut meninggal di tempat kejadian.

Anak pasangan tersebut kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan mengalami kecederaan parah di muka dan kepala.

Artikel berkaitan: Tular Suami ‘Prank’ Curang, Netizen Kongsi Pernah ‘Handle’ Kes Isteri Maut Kemalangan Akibat ‘Prank’

Artikel berkaitan: Baru Melawat Isteri Bersalin Di Hospital, Imam Maut Terlibat Kemalangan

2863195
Kemalangan yang berlaku di kem tentera udara diraja malaysia (tudm) batu 10 jalan kuantan-maran, pagi tadi. Kredit gambar – sinar harian

“Setibanya di lokasi kejadian, MPV yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh jentera pengorek tanah yang diletakkan di bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa dan isterinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak mereka dibawa ke HTAA untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.