Isteri mana tidak gembira apabila mendapat hadiah daripada suami tercinta, lebih-lebih lagi jika hadiah tersebut merupakan sesuatu yang tinggi nilainya.
Seorang wanita bernama Aein Suraya telah berkongsi kegembiraannya di Facebook menceritakan usaha suami merancang pencarian harta karun khas buat dirinya. Cerita bermula apabila Aein pulang ke rumah dan memasuki bilik tidur lalu ternampak dua keping nota kecil di atas katil yang telah ditulis oleh suaminya.

Suaminya telah menulis beberapa nota meninggalkan petunjuk yang mudah buat isterinya untuk meneroka kawasan perumahan mereka bagi mencari harta karun tersebut.
Apabila sampai ke tempat yang dikatakan, suaminya memberi satu lagi petunjuk yang menandakan lokasi tepat harta karun yang dirahsiakan itu. Mesti berdebar, tak sabar nak tahu.


Aein kemudian beredar dari situ dan menghala ke kawasan di mana dia kebiasaannya akan membakar sampah sarap yang terletak tidak jauh dari pasu tersebut.
Tibanya di kawasan yang dimaksudkan, isterinya menjumpai satu lagi nota yang menunjukkan petunjuk terakhir bagi pencarian harta karun tersebut. Tanpa berlengah, Aein mula menggali sebelum terjumpa sebuah tin biskut lama yang diisi dengan sesuatu di dalamnya.


Apabila tin biskut itu dibuka, dia terus terkejut melihat sebuah kotak edisi terbaru dari Apple. Harta karun tersebut rupa-rupanya merupakan sebuah iPhone 7 Plus edisi khas warna merah. Untunglah!
Namun, hari tersebut bukanlah hari ulangtahun ataupun hari lahir Aien, suaminya telah menanam kotak tersebut dan merancang semua itu kerana ingin membuat kejutan khas buat isterinya walaupun tiada acara yang istimewa. So sweet!


Rupa-rupanya, pada awal bulan lalu Aein juga telah membuat kejutan buat suaminya yang menjadi tular di media sosial sehingga dilaporkan dalam surat khabar.
Aein telah menghadiahkan suaminya wang sebanyak RM3,000 selepas melihat wang di dalam dompet lelaki itu hanya tinggal RM3.


Bertuah sungguh masing-masing dikurniakan dengan pasangan yang saling berusaha untuk membahagiakan satu sama lain.
Kalau ada duit apa salahnya sekali-sekali bagi hadiah ye dak. Asalkan dia mampu!
Baca : Anda Pasti Mahu Suami Beri Kejutan Seperti Lelaki Ini Lakukan Kepada Isterinya