in

Suami Cikgu Istiqomah Harap Proses Tuntutan Jenazah Dipercepatkan

Ft Cikgu Istiqomah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli keluarga Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi yang dibunuh kejam berharap proses tuntutan jenazah dipercepatkan.

Suaminya, Mohd Yusof Mokhtar akur bahawa polis masih menjalankan siasatan termasuk menunggu laporan ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas kepala dan jari yang dijalankan Jabatan Kimia Malaysia.


Artikel berkaitan : Suami Dedah Cikgu Istiqomah Pernah Pinjamkan Suspek RM19,400, Gelang Emas Lesap

Artikel berkaitan : “Mereka akan panggil Mama” -Suami Cikgu Istiqomah Pilu Lihat 3 Anak Menangis Rindukan Ibu

Tambahnya, dia sekeluarga pada masa yang sama mengikuti laporan kes arwah isterinya yang berusia 33 tahun menerusi portal berita secara atas talian.

“Itulah, saya baca juga (berita mayat belum boleh dituntut dan polis menunggu laporan DNA) dan hanya menunggu panggilan daripada pihak polis di sana (Melaka).”

“Saya juga tidak dapat apa-apa maklumat lagi…semoga (proses tuntutan) dipercepatkan.”

Screenshot 2024 08 14 131615

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, keputusan ujian DNA ke atas kepala dan jari dijangka diketahui selewat-lewatnya minggu depan sebelum jenazah dibenarkan untuk dituntut oleh keluarga mangsa.

Jelasnya, dua bahagia antara anggota tubuh iaitu jari dan kepala itu baharu sahaja ditemui selepas polis membuat penahanan terhadap suspek yang merupakan lelaki berusia 37 tahun yang juga kenalan mengsa di universiti.

“Polis masih tunggu keputusan DNA jari dan kepala serta arahan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) sebelum jenazah dibenarkan dituntut daripada hospital.”

“Kita (jangka) minggu hadapan dan kalau dapat laporan lebih awal saya akan maklumkan kemudian.”

Untuk rekod, pada 6 Januari lalu, ada penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki, dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang kira-kira 2 petang.

Siasatan awal mendapati bahawa mangsa telah dibunuh kerana anggota badan iaitu kepala dan kaki dipotong dan disumbat ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang.

Cikgu Istiqomah 4 1024X995 1

Namun begitu, identiti mangsa gagal dikenal pasti dan pihak patologi hanya mengesahkan bahawa wanita dianggarkan berumur antara 20 hingga 30-an.

Sementara itu, polis turut menjalankan ujian DNA ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan sebelum itu termasuk Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella, namun keputusannya negatif.

Namun, selelpas lapan bulan, polis telah mengesahkan bahawa mayat berkenaan adalah Istiqomah Ahmad Rozi, yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.

Susulan itu Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu.

Sumber : Buletin TV3

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.