in

Stesen Minyak PETRONAS Pertama Di Brazil Mula Beroperasi, Bakal Buka Hingga 5 Cawangan

petronas pertama di brazil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat minyak dan gas terkemuka di Malaysia iaitu PETRONAS baru-baru ini, dilihat secara rasmi telah membuka stesen minyak pertama mereka di Brazil.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Projek Perkongsian PETRONAS yang juga merangkap Projek Strategik dan Perniagaan Baharu SIM Distribuidora de Combustíveis, Erik Martimiano da Silva.


“Kami sangat bangga dapat menjadi sebahagian daripada momen bersejarah untuk bahan api di Brazil, dengan perasmian stesen minyak PETRONAS pertama di negara ini.

“Kami akan menawarkan bahan api yang menjadi juara lapan kali dalam kategori utama sukan permotoran dengan produk Petronas Primax,” tulis Erik.

Artikel berkaitan: Pakcik Shell Jelaskan Kenapa Masak Mi Dekat Stesen Minyak Bahaya, Walaupun Jauh Dari Pam!

Artikel berkaitan: “Beta akan buru semua yang korup” – Sultan Ibrahim Titah SPRM, PETRONAS Diurus Bawah Agong

GQV5wuXbEAAVG82

Dalam hantaran itu, Erik juga berkongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan stesen minyak yang baru dibuka tiga hari lalu.

GQWNotebgAAomZG GQV5y2 b0AAIaei

Difahamkan, stesen minyak pertama PETRONAS itu terletak di Kilometer 44 Lebuhraya Castelo Branco, di São Paulo, dipanggil Ecoparada Madero.

Memetik laporan Valor Globo, akan ada tiga hingga lima stesen PETRONAS antara bandar Campinas dan São Paulo.

Perkongsian mengenai pembukaan stesen minyak PETRONAS pertama di Brazil itu turut meraih perhatian netizen Malaysia.

Antara perkara yang menarik perhatian pengguna ialah stesen minyak di sana menawarkan pelbagai pilihan bahan api kepada penduduk di Brazil.

Salah satu fakta menarik yang dikongsikan oleh seorang pengguna di platform X, bahan api etanol menjadi kegunaan utama penduduk Brazil. Bahan api ini diproses melalui tebu dan juga murah berbanding petrol biasa.

Screenshot 2024 06 19 121908

Min nak tanya, aplikasi Setel boleh guna tak kat sana?

Sumber: XValor Globo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.