Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan tarikh 5 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai yang difailkan oleh Nor Hidayah Yusri, isteri kepada pelakon Edika Yusof.
Peguam syarie yang mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim dari Tetuan Yazid Azuhan Associates berkata, mahkamah telah memberikan kebenaran untuk Edika lafaz cerai pada tarikh tersebut.
Artikel berkaitan : “Saya turuti asal dia bahagia” – Edika Yusof Mahu Jumpa Kaunselor, Reda Jika Isteri Nekad Untuk Bercerai
Artikel berkaitan : “Kalau itu niat dia, patut dari dulu beritahu” – Edika Yusof Bersuara Berhubung Isteri Fail Cerai
“Seperti sedia maklum, hari ini adalah kes permohonan cerai yang secara asasnya, mahkamah sudah membenarkan Edika melafazkan cerai.”
“Namun, Nor Hidayah tidak suci hari ini, jadi mahkamah menangguhkan kepada 5 Mei depan. Pada tarikh itu, Edika perlu hadir ke mahkamah untuk melafazkan cerai.”
Lebih mengejutkan lagi, Mohd Yazid mengatakan bahawa ada 10 dakwaan yang diberikan Nor Hidayah yang menjadi asbab permohonan cerai itu dibuat, namun begitu perkara tersebut tidak dapat mendedahkan kerana ia mengaibkan.
“Kita sudah bentangkan fakta-fakta kes untuk mahkamah teliti permohonan cerai sama ada wajar atau tidak Nor Hidayah mahu bercerai dengan suaminya. Selepas fakta ini dibentang dan dakwaan dijawab oleh Edika, mahkamah akan memanggil anak sulungnya untuk memberi keterangan terhadap setiap dakwaan Nor Hidayah terhadap Edika.”
“Mahkamah menerima setiap keterangan dan alasan Nor Hidayah dan mahkamah menerima alasan paling kritikal dalam rumah tangga yang sudah berlalu selama lebih 20 tahun.”
Jelasnya lagi, ia sepatutnya boleh diselesaikan tetapi atas dasar menjaga maruah keluarga, Mohd Taufiq mengatakan Nor Hidayah hanya pendamkan sahaja selama ini.
“Sekarang barulah dia ada ketabahan atau kerelaan untuk memohon. Ini pun kerana sudah tidak tahan lagi.”
Disebabkan itu, Mohd Yazid berkata, tindakan Nor Hidayah memfailkan cerai adalah wajar kerana menerima pelbagai kecaman dari pihak-pihak yang menyalahkan dirinya.
Jelasnya lagi, dakwaan yang mengatakan ketidaksefahaman itu adalah sekadar bahagian ‘permukaan’ sahaja kerana ada lagi 9 yang lebih kritikal.
Sementara itu, Edika telah menyangkal kesemua 10 alasan yang disenaraikan oleh Hidayah yang mana antaranya mengasari dan menghina isterinya sendiri.
“Saya tidak mengaku kesemua tuduhan itu sebab ia keterlaluan antaranya mengasari dan menghina. Dia kena tahu yang dia sakit dari dulu sampai sekarang saya jaga. Saya bukan bangga tapi itu tanggungjawab saya.”
Pagi tadi merupakan proses sebutan kedua kes permohonan cerai yang difailkan oleh Nor Hidayah pada pertengahan Februari lalu.
Mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama.
Sumber : Berita Harian