in

#StarvilionShuttingDown – Wak Doyok Terpaksa Akur Butik Ditutup, Lelong Baju Serendah RM1

wak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak Covid-19 melanda dunia, banyak syarikat dan pekerja hilang punca mata pencarian. Terbaharu, usahawan yang merupakan juga personaliti fesyen terkenal, Wak Doyok difahamkan terpaksa menutup butik Starvilion miliknya di Seksyen 7, Shah Alam.

Menerusi Instagram, Wak Doyok turut meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa membuat demikian memandangkan 70 dari pekerjanya besar kemungkinannya terpaksa ditamatkan perkhidmatan.


https://www.instagram.com/tv/CBxsKwTAJWU/?igshid=1er0t8lvparxi

Menurut Wak Doyok lagi dia juga akan memberikan secara percuma 5,000 pasang baju Melayu Wak Doyok secara percuma di butik tersebut atau menerusi website mereka. Difahamkan jualan lelong ini adalah untuk semua koleksi Starvilion dengan serendah RM1 bermula pada hari ini 24 Jun hingga 5 Julai ini.

Disaat “peperangan” melawan penyakit Covid-19, Wak Doyok tidak terlepas peluang untuk menghargai jasa frontliners. Katanya, hanya perlu membawa ID masing-masing dan ada harga special kepada mereka.

Semoga Wak Doyok tabah dan bangkit semula pada masa depan..

Baca: “Janji mesti dipatuhi” – Lelaki Ini Berpeluang Naik Kereta Mustang Wak Doyok Lepas Berjaya Dapat 20k Retweet di Twitter

f.b 19 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.