Korang pernah tak dengar tentang jenama bekas air Stanley Tumbler? Kalau korang nak tahu, jenama bekas air ni memang dah jadi sangat-sangat popular sampaikan awal tahun ni, bila Stanley keluarkan kolaborasi bekas air ‘Winter Pink’ bersama Starbucks, ramai orang sampai berkhemah dekat luar kedai untuk dapatkan keluaran tersebut.
Di media sosial pula, tanda pagar #Stanley telah mendapat hampir 3 bilion tontonan di TikTok di mana peminat-peminat jenama ini telah menunjukkan koleksi mereka dan ada juga video viral menunjukkan seorang kanak-kanak menangis bila dapat hadiah bekas air Stanley ni untuk Krismas.
Artikel berkaitan: “Ada ais lagi dalam botol tu” – Kereta Terbakar, Tapi Tumbler Jenama Ini Tetap Dalam Keadaan Baik
@patricksandersq94 This little girl’s reaction to getting her very own pink Stanley Cup, for Christmas, will have your heart exploding with joy?? #fyp #StankeyCup #Christmas #MerryChristmas
Sebenarnya fenomena produk bekas air Stanley ni baru mendapat perhatian sejak baru-baru ni walaupun syarikatnya telah pun wujud sejak 110 tahun yang lalu. Jadi macam mana bekas air ni boleh jadi viral?
Sejarah Stanley
Pemilik Stanley, William Stanley juga merupakan seorang pencipta yang pernah mencipta pengubah praktikal yang membolehkan kita memasang barang elektronik ke soket dinding.
Pada tahun 1913, Stanley mempunyai misi untuk menjadikan kopinya panas sepanjang hari semasa dia bekerja jadi dia telah belajar untuk mencipta bekas air vakum keluli dan meletakkan nama keluarganya sebagai jenama.
Termos ciptaan Stanley ini telah menjadi pilihan untuk buruh pembinaan yang perlu bekerja di luar sepanjang hari. Malah salah seorang pengguna TikTok pernah tunjukkan bekas air Stanley milik bapanya yang dah lusuh tapi masih boleh digunakan dengan baik selepas lebih 20 tahun.
@reallifevibez_ Well now we know stanley can last forever! @Stanley 1913 Can you guys please send my dad a new cup for work lol?❤️? #stanleycup #stanley #fyp #tumbler #cup #dad #welovestanley #cup #lovestanley #newstanleycup #aesthetic #croquette #love #foryoupage #stanleytumbler #trend #trending #funny #stanley @Stanley Argentina #stanleyy #follow #trendsetter #family #genuine #nice
Stanley mula dikenali dengan bantuan tiga wanita
Fenomena produk Stanley Tumbler mula mendapat perhatian pada 2019 apabila satu Instagram akaun dan blog membeli belah dalam talian, The Buy Guide telah bekerjasama dengan syarikat ini.
Linley Hutchinson, Ashlee LeSueur dan Taylor Cannon, pengasas The Buy Guide merupakan peminat terawal Stanley Quencher. Disebabkan ini, tiga wanita ini telah membuat posting di Instagram tentang bekas air ini dan bagaimana ia boleh mengekalkan kesejukan dan kepanasan dengan sangat baik.
Namun begitu, bekas air ni menjadi semakin sukar untuk ditemui dan dikhabarkan bakal dihentikan pengeluarannya. Disebabkan ini, The Buy Guide telah meminta pengikutnya untuk segera membeli bekas air tersebut.
Kemudian Stanley telah bekerjasama dengan The Buy Guide dan meminta mereka untuk membeli sebanyak 10,000 bekas air. Walaupun sedar dengan risiko bahawa bekas air ini tidak akan terjual, tiga wanita ini telah mengambil risiko dan mereka berjaya menjual 5,000 bekas air dalam masa empat hari dan lagi 5,000 berjaya dijual dalam masa satu jam sahaja! Ini menunjukkan, populariti Stanley memang sangat dahsyat!
Stanley tukar strategi
Pada tahun 2020, seorang usahawan, Terence Reilly baru sahaja menamatkan tempoh tujuh tahun bekerja dengan Crocs di mana dia telah mengetuai strategi menukarkan kasut yang hodoh kepada keperluan fesyen. Kini, dia bekerja sebagai presiden Stanley dan Reilly mempunyai strategi untuk buat perkara yang sama dengan bekas air Stanley Quencher.
Menggunakan kejayaan kerjasama bersama The Buy Guide, Reilly kemudiannya mula mencipta kolaborasi dengan jenama-jenama lain dan kini bekas air ini datang dengan pelbagai warna.
110 tahun selepas syarikat ini ditubuhkan, bekas air Stanley Quencher telah mencapai populariti yang sangat tinggi dan tak terjangkau oleh pengasasnya. Malah keuntungan syarikat ini disebabkan bekas air tersebut juga turut meningkat dari US$70 juta pada tahun 2019 ke US$750 juta pada tahun 2023!
Stanley viral!
Ada beberapa faktor yang menyebabkan bekas air jenama Stanley ini boleh menjadi viral, antaranya adalah pempengaruh yang sentiasa memuji ketahanan bekas air ini dan juga kerjasama dengan selebriti-selebriti terkenal.
Tak cukup dengan itu, ketahanan bekas air Stanley ini juga turut terbukti apabila terdapat satu video menunjukkan satu kereta telah terbakar pada November 2023. Pengguna TikTok menunjukkan keretanya yang hangus terbakar tapi Stanley Quencher miliknya tak rosak akibat kebakaran tersebut malah ais dekat dalam bekas air tu pun masih belum cair!
@danimarielettering Thirsty after you catch on fire? @Stanley 1913 is like no problem i gotchu #fyp #carfire #accident #stanleycup
Video tersebut telah mendapat tontonan lebih 94 juta dan tak cukup dengan itu, Reilly sebagai presiden Stanley telah membuat video respon mengatakan yang wanita tersebut akan menerima bekas air percuma dari Stanley dan syarikatnya bersedia untuk memberikannya kereta baru sebagai ganti! Pehhh
Namun begitu, fenomena Stanley ini juga turut mempunyai kesan negatifnya. Ini kerana pada November 2023, ketika satu lagi kolaborasi Starbucks x Stanley Quencher, peminat-peminatnya telah bertindak ganas sehingga pekerja-pekerja Starbucks telah mengadu pelangan ada yang sampai mengherdik dan mengganggu mereka hanya kerana mahu dapatkan bekas air tersebut.
Tak cukup dengan itu, terdapat beberapa laporan mengatakan bahawa budak-budak sekolah telah dibuli hanya kerana dorang tak memiliki bekas air jenama Stanley ini.
Macam seorang pengguna TikTok ni yang mengatakan dia telah membeli satu botol air bercorak harimau bintang di Walmart sebagai hadiah krismas untuk anak perempuannya yang berusia 9 tahun.
Tapi bila anaknya ini pulang dari sekolah, dia mengadu bahawa dia telah diejek dan dibuli oleh kawan-kawannya kerana tak bawa bekas air Stanley yang ori seperti yang lain.
Disebabkan mahu elak anaknya dari dibuli, ibu ini terpaksa membelikan bekas air Stanley untuk anak perempuannya itu walaupun tak setuju dengan “budaya” yang telah dicipta oleh peminat-peminat Stanley.
Ni sama kes macam beg sekolah jenama Smiggle je.
Sumber: Today.com, Retail Dive