Bila tengok jumlah kes Covid-19 dekat Malaysia, makin takut pula. Sekarang ni kes dah lebih 3000 sehari. Memang merisaukan!
Ada seorang lelaki yang bertugas di COVID-19 Assessment Centre (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam berkongsi kisah dia menjaga pesakit Covid-19 di situ hampir 3 minggu ketika gelombang baharu ini berlaku di negara kita.
Menerusi perkongsian Muhaimin Abdullah di Facebook semalam yang mendapat lebih 4 ribu likes dan share, gelombang Covid-19 yang melanda negara kali ini memang banyak lain macam sebab hari-hari ada pesakit positif Covid-19 yang dimasukkan ke Stadium Malawati. Dianggarkan hampir 500 ke 1000 pesakit sehari yang masuk ke situ. Weh, ramai gila!
Varian yang dahsyat atau rakyat dah tak kisah?
Risau melihat keadaan Covid-19 terkini di Malaysia, petugas ini hanya boleh buat andaian yang sama ada kes Covid-19 makin meningkat mendadak sebab varian yang makin ‘dahsyat’ atau rakyat yang sudah tidak mahu ikut SOP?
Pesakit kritikal yang sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan makin meningkat setiap hari sampai penuh katil di tempat kecemasan. Ambulans pun tak putus-putus hantar pesakit kritikal ke pusat kecemasan di Hospital Sungai Buloh sebab tangki oksigen di Stadium Malawati sudah tidak mencukupi. Katanya kena ganti cepat-cepat untuk bagi dekat pesakit-pesakit di situ.
Dengar dia cerita ni pun dah boleh bayang betapa penatnya nak handle pesakit yang makin banyak dekat sana.
Balik lambat itu tu biasa
Menurut petugas itu lagi, dia beritahu yang kalau balik lambat itu perkara biasa.
“Team yang hantar pesakit sampai pukul 12 tengah malam baru selesai.”
Walaupun terpaksa pakai PPE sepenuhnya lebih 10 jam pada bulan puasa ini, tapi mereka okey sahaja. Yang merisaukan bila kes makin teruk dan meningkat mendadak. Petugas-petugas di sana berharap sangat yang rakyat patuh SOP yang telah ditetapkan untuk kurangkan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.
Semoga kita sama-sama dilindungi daripada wabak Covid-19 ini. Korang pun jangan lupa patuh SOP tau.
Sumber: Muhaimin Abdullah, IMAM Response & Relief Team- IMARET