Sebelum ini, tular satu kenyataan daripada penyanyi muda tempatan yang mengatakan sekolah itu sesuatu yang membuang masa.
Terbaru, seorang lagi influencer mengeluarkan kenyataan yang hampir sama seperti itu, Yousaf Iqbal mengatakan sekolah itu sesuatu yang tidak berharga atau dalam kata lain tidak mempunyai value.
Artikel berkaitan: “School ni waste of time sebenarnya” – As’ad Motawh Dakwa Sistem Persekolahan Patut Diubah
Artikel berkaitan: Terpaksa Mengharungi Jalan Becak & Berselut Untuk Sampai Ke Sekolah, Murid SK Magandai Jadi Perhatian
Klu kau kritik SISTEM PENDIDIKAN, aku sokong. Tapi untuk kau cakap sekolah tu takde VALUE, KOSONG, kau ignorant af. Yg masalah itu kau. Bukan sekolah.
Islam is about balance. Dia nie tak pernah dgr Fardhu Ain & Fardhu Kifayah ke?
Dgr cara dia berbual je tahu dah IQ dia cane. pic.twitter.com/0qIUNdJCHj
— ChepBoi™ (@HarithHmzh) January 21, 2024
Bercakap dalam satu rancangan podcast, Yousaf berkata tiada yang lebih penting daripada ilmu Allah.
“Bila aku lihat semula apa pengalaman aku di sekolah dahulu takde value langsung, sekolah SPM ni semua kosong Mat.
Aku fahamlah kalau kau nak jadi engineer apa semua,” katanya.
Selain itu, dia turut berkata pergi sekolah adalah sesuatu yang amat disesali dan yang paling berharga ialah ilmu Allah.
Dia juga mengingatkan orang ramai agar tidak mengulangi ‘kesilapannya’ itu, malah, dia juga berkata ilmu asas fardhu ain itu jauh lebih penting lebih-lebih lagi apabila anda sudah berkeluarga.
“Semua ilmu di dunia ni ilmu Allah”
Video berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen namun rata-rata amat tidak setuju dengan kenyataan influencer tersebut dan merasakan ianya tidak wajar.
Pendapat korang macam mana?
Sumber: Twitter