in

Spectra Wearable : Pam Susu Elektrik Mudah Alih Berpiawaian Emas

Ft Spectra

Histopoint (M) Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan pelancaran Pam Susu
Elektrik Spectra Wearable, pam susu mudah alih 100% kualiti premium dari Korea.

Selaku jenama pam susu premium dan terkemuka di seluruh dunia, Spectra akhirnya mengumumkan pam susu terkini dari jenama berkenaan iaitu Spectra Wearable, pam susu mudah alih tanpa tiub.

Pam susu Spectra terkenal dengan kualiti dan ketahanan pam, ia membuatkan para ibu berasa yakin dan selesa untuk menjadikan Spectra sebagai jenama pilihan selama bertahun-tahun.

Img 3296

Spectra juga adalah salah satu jenama pam susu yang menjadi pilihan pertama dan disyorkan oleh profesional terkemuka di seluruh dunia seperti Forbes, The New York Times, Healthline, Time Magazine, Babylist, New York Magazine dan WIRED.

Berikut adalah ciri-ciri Spectra Werable yang baru dilancarkan :

1. Reka Bentuk ‘Water-Drop’

Pic2

Spectra Wearable mempunyai reka bentuk yang inovatif, menetapkan standard baharu dalam
teknologi penyusuan susu ibu. Reka bentuknya yang unik berbentuk titisan air memastikan pam
susu kekal bersahaja di bawah pakaian sementara memberikan prestasi yang efisyen.

Reka bentuk tanpa wayar dan tiub memberikan kebebasan yang tiada tandingannya serta menghapuskan keperluan aksesori penyusuan yang membebankan dan membolehkan para ibu mengepam susu pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

2. Kapasiti Bateri dan Pengecasan Type-C
Salah satu ciri utama Spectra Wearable adalah kapasiti baterinya. Dengan sekali pengecasan, bateri pam susu ini mampu bertahan sehingga 4 jam penggunaan berterusan. Oleh itu, pam susu ini merupakan pilihan yang ideal bagi para ibu yang mempunyai gaya hidup yang aktif.

Tambahan pula, Spectra Wearable dilengkapi dengan pengecasan Type-C yang sesuai digunakan bersama power bank dan pengecas kereta, ini memberikan kemudahan tambahan buat para ibu.

3. Tahap Sedutan yang Kuat
Spectra Wearable direka dengan tahap sedutan yang kuat sebagai keutamaan. Ia bertujuan untuk
memberikan kuasa sedutan yang mencukupi untuk para ibu yang memerlukan kuasa sedutan yang
tinggi dan ia juga sesuai bagi para ibu yang sukakan sedutan yang lembut, ini kerana Spectra
Wearable dilengkapi dengan 5 tahap mod urutan untuk keperluan rangsangan, 5 tahap mod ekspresi untuk keperluan pengepaman dan menyediakan pilihan untuk memilih daripada 3 gaya sedutan yang berbeza mengikut kesukaan anda.

4. Sangat Ringan Hanya 305g

Pic 3

Spectra Wearable turut direka dengan kemudahan penggunaan. Pemasangan aksesori adalah mudah, dengan bilangan komponen yang sedikit memudahkan proses pembersihan dan pemasangan semula.

Walaupun saiznya kompak, ia memberikan prestasi yang hebat, memastikan para ibu dapat
mengekspreskan susu dengan selesa dan efisyen. Pam ini juga dilengkapi dengan fungsi “auto-off”,
ia memberikan keselamatan tambahan dengan mencegah penggunaan yang berlebihan.

5. Jaminan 2 Tahun

Dilengkapi dengan jaminan dua tahun, merupakan jaminan yang terpanjang di pasaran. Ini
menunjukkan kualiti dan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap Spectra Wearable.

Sebagai produk yang diperbuat sepenuhnya di Korea, ia menunjukkan standard tertinggi dalam kemahiran dan inovasi. Dengan ciri-ciri canggih dan reka bentuk yang teliti, Spectra Wearable dijangka menjadi piawai emas dalam pengalaman penyusuan.

Spectra Wearables akan dilancarkan pada harga RM1399 sepasang, dan boleh didapati di seluruh
negara mulai 8 Julai.

Untuk maklumat lanjut mengenai Spectra Wearable, sila layari www.spectrababy.com.my