Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengeluarkan satu edaran berhubung salah laku gangguan seksual kepada pejawat awam.

Dalam surat edaran itu, SPA menggariskan perbuatan curang, menjalinkan hubungan sulit dan memanggil rakan sekerja dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear‘ boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Surat edaran bertarikh 7 April itu turut menyebut perkataan atau ayat ‘sayang’ dan ‘dear’ yang diucapkan oleh mana-mana pegawai awam sehingga mengganggu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan atau audio.

Memetik laporan
Astro Awani, bagi kesalahan gangguan seksual secara fizikal atau sentuhan yang melibatkan perbuatan seperti menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati dan lain-lain oleh penjawat awam turut disebut dalam surat itu.
Selain itu, tindakan penjawat awam yang menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau ‘sexting’ menerusi platform seperti WhatsApp dan seumpamanya akan dikategorikan di bawah gangguan seksual visual.
Kesemua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.