Kemelut masalah rumah tangga, pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof kembali menjadi perbualan hangat netizen apabila pelakon berkenaan mendedahkan ‘klu’ baharu di media sosial.
Menerusi perkongsian instastory Puteri Sarah, dia didakwa telah memberi bayangan suaminya dan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangga, Ira Kazar sudah berkahwin. Uiks ye ke ni?
Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.
“Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik
“Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik,” katanya.
“Semoga 2023 dapat bongkar semua”
Dalam satu posting yang lain, Puteri Sarah juga seakan-akan memberi gambaran mengenai apa yang berlaku dalam rumah tangganya.
Apa yang saya tahu ia berlaku sehari sebelum Sarah melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia.
“Orang sekeliling kita ada masanya boleh menjadi sangat narsistik dan manipulasi. Pilihlah orang sekeliling dengan bijak.
“Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hipokrit,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dia juga memaparkan mesej daripada netizen yang diterimanya mendakwa memang benar Ira Kazar sudah bernikah dengan Syamsul Yusof.
Dalam pada itu, Puteri Sarah menerusi Berita Harian memberitahu isu berkenaan suaminya sudah berkahwin dengan Ira Kazar tanpa pengetahuan itu sepatutnya ditanyakan kepada Syamsul kerana dia lebih mengetahui.
“Saya rasa soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Syamsul dan kekasihnya. Bukan saya, tak perlu saya nak menjawabnya.
“Lebih sesuai empunya diri buat penjelasan dan pengumuman,” jelasnya.
Apa-apapun kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka. Harap masalah rumah tangga ini dapat diselesaikan dengan baik.
Baca: Puteri Sarah Minta Netizen Bincangkan Statement Kazar, “Berdamailah, Bukan Masalah Besar Sangat…”