Selepas sebulan digantung tugas gara-gara isu mempersendakan agama, tiga penyampai radio Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin sudah kembali bekerja hari ini.
Sebuah posting yang dimuat naik Instagram Era memaparkan, ketiga-tiga mereka dilihat segak berbaju Melayu menunaikan solat Subuh secara berjemaah sebelum memulakan tugas untuk bersiaran di konti radio berkenaan.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Perbanyakkan mesej perpaduan” – PMX Nasihat Trio Penyampai Radio Era FM
Artikel berkaitan: Lesen Pengendali Stesen Radio ERA FM Tidak Digantung, Syarikat Dikenakan Kompaun RM250,000
Antara benda yang geng #3PE (3 Pagi Era) rindu, solat subuh berjemaah bersama-sama. Semoga persahabatan mereka terus kekal sampai syurga,” tulis posting itu.
“Hari ni baru dapat bermaaf-maafan”
Menerusi satu lagi posting, akaun radio Era juga memaklumkan yang tiga penyampai radio ini sudah lama tidak bertemu, dan baru hari ini mereka dapat saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.
View this post on Instagram
Rata-rata netizen di ruang komen memberi kata-kata semangat kepada tiga penyampai radio ini dan berdoa agar mereka terus berjaya dalam bidang tersebut.
Tak cukup dengan itu, ada juga yang memberi nasihat agar ketiga-tiganya sentiasa menjaga adab dalam bergurau dan tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan tiga penyampai radio Era didakwa telah mempersendakan agama hingga menyebabkan mereka digantung tugas.
Susulan kejadian tersebut, pihak Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan 11 Februari 2025) atas kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi stesen radio tersebut.
Marilah kita buka lembaran dan semoga kejadian ini tidak lagi berulang.
Sumber: Instagram