Hujung minggu baru-baru ini, kecoh di Twitter pasal gambar Exco Perak Razman Zakaria yang tular di mana beliau telah menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz dekat Lenggong.
Menurut Awani, beliau telah ke maahad itu pada petang Jumaat dan selepas mendapat tahu gambar tersebut tular Razman tampil untuk membuat permohonan maaf.
Tak disaman atau ditahan!
Bagaimanapun, menurut perkongsian di Facebook dan Twitter, anak Razman sendiri dikatakan telah mengaku bahawa dia dan bapanya itu tidak dikenakan saman atau ditahan kerana melanggar arahan PKP.
Sekadar pergi ke balai polis untuk beri keterangan kemudian terus pulang ke rumah. Hal itu membuatkan netizen bengang kerana umum tahu rakyat yang melanggar arahan PKP dikenakan saman atau ditahan pihak polis.
Baca perkongsian penuh di bawah:
https://www.facebook.com/100037427422204/posts/225480288709550/?d=n
“Kalau rakyat kena depa mohon maaf je ok lah?”
Selain netizen, ada juga ahli politik yang turut kurang senang dengan isu ini. Young Syefura melalui Twitter telah persoal Razman tentang perihal beliau melanggar PKP itu.
Cukup mohon maaf? Kalau rakyat kena depa mohon maaf je ok lah?”
Ramai netizen juga memberikan respon dan pendapat masing-masing tentang hal ini di mana rata-ratanya tidak puas hati dengan kes Razman serta anaknya melanggar arahan PKP sedangkan beliau seharusnya menunjukkan contoh yang baik.
Cukup mohon maaf? Kalau rakyat kena depa mohon maaf je ok lah? https://t.co/mC1OyHdMSJ
— Rara 🍉 (@youngsyefura) April 19, 2020
Bagus. Mengaku salah dan minta maaf.
Sila ke lokap dahulu. Bagi kerjasama. https://t.co/nQjGXAbBsO
— HermyR (@HermyRahim) April 19, 2020
Anak kepada Exco Perak, Razman Zakaria, mengakui sendiri bahawa dia dan bapanya tidak dikenakan saman atau ditahan berikutan kes melanggar arahan PKP.
Mereka sekadar pergi ke balai polis beri keterangan kemudian balik.
Menteri kata, langgar PKP masuk lokap.
1 country, 2 laws. pic.twitter.com/FUMu7SYY1c
— Hafizol Hakami (@HafizolHakami) April 19, 2020
Macam mana boleh buat aktiviti macam tu? Tak penjarakan sosial pun….