in

Siti Kasim Dakwa Ada Objek Disyaki Bahan Letupan Ditemui Bawah Keretanya

kereta siti kasim bahan letupan

Peguam dan aktivis sosial, Siti Kasim mendakwa terdapat objek menyerupai bahan letupan diletakkan di bahagian bawah keretanya.

Menerusi live video di Facebooknya, dia menyedari objek itu ketika menghantar kereta jenis Toyota Celica ke pusat servis dekat Jalan Maarof pada waktu tengah hari tadi.

Katanya, objek mencurigakan itu dikesan seorang mekanik selepas kereta berkenaan diangkat oleh mesin sebelum ditemui di tayar belakang.

“Terdapat dua botol mineral yang disangkut di bahagian belakang tayar kereta dan ketika ini kereta masih di bengkel dan tidak dapat berbuat apa-apa.

“Saya sudah menghubungi polis menerusi panggilan 999 dan memberitahu ini adalah ancaman bom,” katanya.

Difahamkan, dia menghantar keretanya itu untuk diselenggara kerana mahu ke Kelantan bagi menyelesaikan isu orang asli di sana.

“Saya diberitahu pemilik bengkel berkenaan dan bertanya apa sudah jadi dengan kereta saya, saya kemudian melihat gambar yang dihantar kepada saya dan sangat terkejut.

“Pihak polis kini sudah hadir dan orang ramai yang berada di pusat servis berkenaan diarahkan keluar,” katanya.

Screenshot 2023 07 21 164914

Susulan itu, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tiba di lokasi untuk menjalankan siasatan, lapor Berita Harian.

Polis menutup pusat servis berkenaan dengan kawalan ketat, selain memasang pita kuning sepanjang 100 meter di kawasan berhampiran pusat servis.

Siapa yang buat khianat ni?

Baca: Beg Mencurigakan ‘Tersadai’ Di Nilai, Ingat Ada Bahan Letupan Rupa-rupanya…
bagasi mencurigakan