Isu rumah tangga Siti Jamumall, 26 yang diceraikan oleh suaminya Khairul Aiman Abdul Kudus, 22 ketika sedang live di TikTok baru-baru ini telah menjadi buah mulut orang ramai di media sosial. Ia mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-rata tergamam melihat tindakan suaminya itu.
Susulan dengan kejadian tersebut, dilaporkan bahawa Siti Jamumall kini sedang mengalami kemurungan dan kegelisahan. Dia memerlukan sokongan moral akibat kejadian tersebut.
Artikel berkaitan : Siti Jamumall Diceraikan Lagi! Suami Lafaz Talak Dua Ketika Live Di TikTok
Artikel berkaitan : “Ni je dapat selamatkan” – [VIDEO] Gara-gara Salah ‘Bleach’, ‘Influencer’ Berang Rambut Hampir Botak
Menerusi satu hantaran terkini di akaun TikToknya, pemilik nama sebenar Siti Suriani Wahiddin ini menyatakan bahawa dia kini masih belum bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan yang ingin dikemukakan.
“Siti kini sedang bergelut dengan kemurungan, anxiety dan sangat memerlukan sokongan. Maaf kepada yang menghubungi. Siti masih belum bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan.”
Video tersebut memperlihatkan Siti yang sedang hamil dipeluk erat oleh seorang individu yang cuba menenangkan dirinya.
@sitijamumall
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bersimpati dengan Siti Jamumall, mereka memberikan sokongan moral terhadapnya dan mendoakan agar ada hikmah yang lebih baik buatnya.
Terdahulu, Siti Jamumall mengakui berlaku lafaz cerai pertama antara dirinya dan Aiman pada dua minggu lalu, namun mereka kembali rujuk selepas proses pengesahan dilakukan.
Sebagai rekod, Siti Jamumall pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019, namun rumah tangga mereka berakhir tiga tahun lalu.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4. Siti Jamumall kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.
Sumber : TikTok