Bagi mereka yang melancong ke Thailand, korang mesti pernah ambil pakej pelancongan yang tawarkan hiburan seperti talent show dan aktiviti tunggang gajah. Seronok memang seronok, tapi korang tahu tak kehidupan gajah-gajah ini tak seindah yang disangkakan?
Posting viral baru-baru ini mendedahkan bahawa dalam 4000 gajah di Thailand hanya 1000 saja yang hidup bebas di dalam hutan. Selebihnya telah jadikan alat industri pelancongan yang menjijikkan. Berikut kami senaraikan sisi gelap tentang kekejaman terhadap gajah di Thailand.
1. Apa itu ‘phajaan’?
Sebelum seekor anak gajah tu dijinakkan untuk kegunaan aktiviti pelancongan, ia perlu melalui satu proses yang dinamakan ‘phajaan’. Phajaan yang bermaksud ‘hancur’ ini ialah sebuah proses kejam di mana baby gajah dipisahkan secara paksa daripada ibunya dan diletakkan ke dalam sangkar dengan keadaaan kakinya diikat untuk mengelak daripada bergerak demi menghancurkan semangat haiwan ini. Kenapa kejam sangat?!
Proses ini biasanya dilakukan oleh komuniti di India dan Asia Tenggara yang mana kawasan tu ada banyak gajah. ‘Upacara’ phajaan ini jugak dikatakan berasal daripada kepercayaan pawang-pawang yang kononnya mengaku boleh pisahkan roh gajah daripada jasadnya. Jadi dengan cara ini si trainer bolehlah control kelakuan gajah tersebut.
2. Gajah diseksa sehingga trauma
Banyak sangat sebab yang buat orang ramai tak setuju dengan proses macam phajaan ni dilakukan kat gajah-gajah liar. Demi nak hancurkan semangat si gajah yang masih muda supaya patuh atau ikut cakap trainer, dorang takkan bagi gajah ini makan, dipukul dengan logam, ditikam di kepala, disayat kulitnya dan kadang-kadang anak gajah dibiarkan tidur berhari-hari sampai dorang patuh dengan seksaan yang dilakukan.
Bila dah alami banyak shock dan trauma, kebanyakan gajah yang kuat melawan ni mati sebab tak cukup air dan menderita luka parah. Semua seksaan ni pulak TAKKAN dihentikan sampailah semangat gajah betul-betul hancur dan patuh dengan arahan trainer sepenuhnya. Takde hati dan perasaan ke dorang ni….
3. Guna pencangkuk tajam untuk melatih gajah
Bullhook atau Ankusha ialah pencangkuk yang diperbuat daripada logam atau perak yang selalunya digunakan sebagai satu alat untuk mengawal dan melatih gajah. Tengok bentuk alat ni pun mesti korang dah gerun kan? Tajam, mencangkuk dan senang tercedera kalau salah guna ni.
Tapi itulah nasib gajah-gajah malang ni. Tujuan bullhook ni dicipta ialah untuk menyakitkan gajah yang dilatih. Kalau korang biasa tengok talent show gajah, kadang-kadang tak tercapai dek akal macam mana haiwan ni boleh lakukan trick yang dahsyat-dahsyat. Rahsianya bullhock ni lah. Dorang just cucukkan hujung pencangkuk yang tajam kat bahagian alat sulit, belakang telinga, berdekatan dengan mata dan belalai supaya si gajah dengar cakap trainer tu.
Kesan cucukkan ni boleh sebabkan pendarahan dalaman, lebam dan kulit yang melecet. Disebabkan takut tercedera berkali-kali, gajah ni pada masa hadapan akan buat tricks yang diajar dengan lebih sempurna. Sakit kot! Manalah gajah tu tak trauma!
4. Hamba industri pelancongan
Sebagai sebuah negara yang dapat jolokan ‘Negeri Gajah Putih’, semestinya gajahlah jadi main attraction bagi pelancongan negara ni. Gajah-gajah di Thailand dah digunakan untuk aktiviti bersama pelancong seperti menunggang gajah, lakukan tricks menarik, melukis, join perarakan atas jalan dan kuil-kuil.
Lebih menyedihkan, gajah-gajah ni jugak kadang-kadang dijumpai mengemis di tepi jalan bersama penjaga mereka demi mendapatkan wang di bandar besar seperti Bangkok. Walaupun aktiviti ni memang diharamkan di Bangkok, penjaga seperti ni suka ambil kesempatan terhadap haiwan mereka demi jana pendapatan.
Akhirnya bila tak dapat pendapatan yang diinginkan, gajah tu jugak terima padah bila si penjaga tak mampu nak jaga mereka lagi. Jadi terpaksalah gajah ni makan sampah di belakang jalan demi untuk teruskan hidup.
5. Ini apa yang anda boleh buat untuk membantu
Demi memastikan eksploitasi gajah dan penderaan terhadapnya tidak berlaku lagi. Korang boleh:
- Elakkan daripada menyertai aktiviti menunggang gajah atau pakej yang menawarkan talent show berkaitan gajah.
- Tapi kalau korang teringin sangat nak naik gajah, pilihlah pengendali pusat gajah yang mesra dengan haiwanitu. Ini 3 senarai pusat pengendali yang diperakui tidak lakukan kekejaman:
- Elephant Nature Park – hanya 2,500 Baht (RM310) sehari pakej lawatan dan terletak 60km daripada Chiang Mai.
- Boon Lott’s Elephant Sanctuary – pakej homestay bersama gajah yang bernilai 6,000 Baht (RM745) per pelancong
- Wildlife Friends Foundation Thailand – hanya bernilai 1,600 Baht (RM200) untuk lawatan sambil belajar sehari bersama gajah.
- Sertai pasukan volunteers dan menderma kepada pertubuhan yang memperjuangkan hak gajah-gajah liar di seluruh dunia.
Kalau korang tak nak lagi tengok gajah-gajah ni kena seksa demi menggembirakan hati-hati pelancong, fight dengan cara seperti di atas ni. Jangan lupa juga untuk sebarkan mesej ni kepada rakan-rakan yang bakal bercuti ke Thailand supaya mereka pun tak terjebak dalam promosi kekejaman terhadap gajah.
Haiwan pun ada hati dan perasaan. Mahu disayangi dan dikasihi. Hentikan penderaan terhadap gajah! Mereka sepatutnya terima kasih sayang daripada manusia, bukan diperlakukan macam tu!
Baca: 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Kes Pemburuan Kejam Penyu Hijau di Sabah