Hari ini, dunia dikejutkan dengan berita pengesahan kematian lima orang penumpang kapal selam Titan yang dilaporkan hilang pada Ahad lalu ketika dalam perjalanan untuk meneroka sisa bangkai kapal persiaran mewah, Titanic.
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) memaklumkan bahawa kapal selam berkenaan dipercayai telah meletup berdekatan dengan bangkai kapal mewah itu.
The Simpson ‘ramal’ tragedi kapal selam Titan?
Pun begitu, sedang tular di TikTok petikan sketsa siri The Simpsons yang katanya mirip dengan insiden kapal selam Titan ini.
@scary._vibe Simpsons prediction Titanic Visitors Going Missing ?, no way they’ve actually dont this… ?♂️
Menerusi kisah The Simpsons siri ke-17 yang disiarkan pada tahun 2006, watak Homer dikatakan telah pergi ke sebuah ekspedisi bersama seorang lelaki yang dipercayai bapa kandungnya.
Lelaki berkenaan telah membawa Homer Simpson keluar dari kapalnya dan memberitahu bahawa terdapat harta karun tersorok di dalam sebuah kapal karam bernama ‘Piso Mojado’.
Mereka berdua kemudian turun ke dasar laut menggunakan kapal selam, namun malang menimpa Homer apabila kapal yang dibawanya tersekat pada gua batu karang.
Keadaan bertambah buruk apabila paras oksigen dilihat makin menurun dan Homer kemudian pengsan, namun semuanya kembali kepada sediakala apabila dia berjaya diselamatkan dan sedarkan diri lepas tiga hari kemudian di hospital.
Meskipun sketsa ini tidak 100% serupa, namun ramai yang mengaitkan kisah ini dengan tragedi sebenar kerana misi asal juga disertai oleh bapa dan anak seperti dalam kisah The Simpsons itu.
Penulis The Simpsons sudah tiga kali turun ke dasar laut dengan OceanGate
Hubungkait kisah The Simpsons dengan tragedi kapal selam Titan ini juga bertambah menarik apabila @PopBase melaporkan bahawa penulis dan penerbit siri tersebut, Mike Reiss memberitahu yang dia sudah tiga kali menyertai ekspedisi dengan OceanGate.
Salah satu dari ekspedisi berkenaan adalah dengan melawat bangkai kapal Titanic pada musim panas lepas menaiki kapal selam tersebut.
‘The Simpsons’ writer and producer Mike Reiss revealed he went on three trips with OceanGate, including one to see the Titanic wreckage last summer on the submersible.
He details that passengers were required to sign a waiver that mentioned death three times on the first page. pic.twitter.com/cEYppLzV7M
— Pop Base (@PopBase) June 22, 2023
Tambah Mike lagi, para penumpang kapal selam berkenaan juga dikehendaki menandatangani dokumen penepian (waiver) yang menyebut perkataan ‘mati’ sebanyak tiga kali pada muka surat pertama.
Meskipun insiden yang berlaku mungkin kebetulan, ia bukanlah kali pertama The Simpsons secara kebetulan memaparkan sketsa yang tiba-tiba menjadi ‘kenyataan’.
Antaranya ialah berita pembelian syarikat Fox oleh Disney, Donald Trump menjadi Presiden AS dan banyak lagi.
Korang rasa macam mana? Ada persamaan ke ye?
Baca: 5 Penumpang Disahkan Meninggal Dunia, Kapal Selam Titan Dikatakan Meletup Berhampiran Titanic